
Diskaun bayar saman dilanjutkan sehingga 31 Dis – KPN
KUALA LUMPUR 12 Dis – Polis akan melanjutkan tempoh diskaun pembayaran saman sehingga 31 Dis ini, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.
Beliau berkata ia berikutan pihaknya menerima menerima sambutan amat menggalakkan daripada orang ramai terhadap tawaran diskaun saman sehingga 80 peratus itu.
Menurutnya, kaunter-kaunter trafik di seluruh Ibu Pejabat Polis Daerah dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri turut dibuka secara serentak dengan tawaran diskaun saman yang sama.
“Sebelum ini, kaunter trafik PDRM di KLCC (Pusat Konvensyen Kuala Lumpur) terpaksa ditutup kerana kepadatan orang awam bayar saman.
“Perkara ini memberi cabaran besar kepada PDRM untuk mengawal selia orang ramai dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan untuk memastikan penjarakan fizikal pengunjung dipatuhi,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas membuat lawatan ke gerai-gerai pameran kementerian dan agensi sempena 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia di KLCC, hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
‘BUKAN RAYA BIASA’
DUYONG 27 April - Jamuan Raya Tak Rileks@DUYONGKita membuktikan bahawa suasana Hari Raya Aidilfitri bukan sekadar satu acara biasa, tetapi...
LALUAN SEHALA DI PEKAN DURIAN TUNGGAL
DURIAN TUNGGAL 27 April - Pekan Durian Tunggal akan menjadi laluan sehala dalam usaha mengatasi masalah kesesakan trafik yang sudah...
PPSPM SUSUN PELBAGAI ACARA MENJELANG WTD 2025
BANDARAYA MELAKA 27 April - Pelbagai program menarik sedang disusun Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) bagi bersama-sama memeriahkan...
‘RAYA TAK RILEKS’ DUYONG KENA SERBU
DUYONG 27 April - Suasana penghujung Syawal terus membara di Duyong apabila lebih 10,000 pengunjung membanjiri Jamuan Raya Tak Rileks...
KBS LUPUS 30 GELANGGANG FUTSAL TERBIAR, KERUGIAN CECAH RM12 JUTA
MELAKA, 26 April - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah melupus dan merobohkan 30 gelanggang sukan yang tidak diselenggara dengan...
NYAMUK BERWOLBACHIA KURANGKAN 70 PERATUS KES DENGGI DI MELAKA
TELOK MAS 26 April - Projek pelepasan nyamuk Aedes berWolbachia di empat lokaliti di Negeri Melaka berjaya menurunkan 70 peratus...