Diskaun 20 peratus naik Menara Taming Sari hari ini

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

BANDARAYA MELAKA 3 Mei – Pengunjung yang menaiki Menara Taming Sari hari ini bakal menerima tawaran diskaun 20 peratus.

Ia bersempena sambutan Ulang Tahun Ke-16 menara ikonik itu, hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Menara Taming Sari Berhad (MTSB) Nasrul Ahmad berkata, tawaran istimewa itu diberikan kepada semua pengunjung yang ingin menaiki menara berketinggian kira-kira 80 meter itu bermula jam 11 pagi hingga 11 malam ini sahaja sebagai tanda terima kasih di atas sokongan diberikan selama ini.

“Bersempena 16 tahun beroperasi sebagai antara tarikan pelancong di Melaka, hari ini sebagai tanda terima kasih, kami memberikan tawaran istimewa dengan diskaun 20 peratus bagi setiap pembelian tiket kepada semua pengunjung warganegara.

“Tanpa sokongan semua pihak, mustahil untuk Menara Taming Sari kekal relevan sehingga hari ini dan kini Menara Taming Sari menjadi antara lokasi wajib singgah pelancong apabila ke Melaka,” katanya.

Photo1714706170
Ketua Pegawai Eksekutif Menara Taming Sari Berhad (MTSB) Nasrul Ahmad

Menurut Nasrul, selain memberi diskaun kepada pengunjung, MTSB turut mengadakan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di perkarangan Menara Taming Sari.

“Besar harapan kita untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik buat semua pengunjung dan pelanggan MTSB.

“Selain tawaran diskaun kita turut mengadakan jamuan raya dan istimewanya juga Menara Taming Sari menjadi lokasi siaran langsung Radio Klasik,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

212
Kongsi :
Previous post Akhyar Rashid cedera disamun
Next post Bas, van perantara ke Rumah Terbuka Ketua Menteri
Ubah saiz-+=