Sorting by

×

Disangka tayar meletup, rupanya lelaki jatuh dari tingkat 41

Masa Membaca:57 Saat

BANDARAYA MELAKA 5 Julai – Sebuah hotel di Jalan Persisiran Bunga Raya, di sini, gempar dengan penemuan mayat dengan keadaan tubuh hancur dari pinggang hingga ke kepala, tengah malam tadi.

Mayat lelaki berusia 52 tahun itu ditemui seorang pengangkat barang di tingkat bawah hadapan bangunan lobi hotel berkenaan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, pihaknya menerima maklumat pada jam 12.20 pagi sebelum menggerakkan anggota ke lokasi kejadian.

Katanya, siasatan awal mendapati lelaki berkenaan dipercayai terjun dari tingkat 41 bangunan itu.

“Menurut saksi, semasa berada di tingkat bawah hadapan lobi hotel, dia terdengar bunyi seperti tayar meletup.

“Apabila berpusing, dia ternampak mangsa dalam keadaan terlungkup dengan separuh badan mangsa telah hancur sebelum segera menghubungi penyambut tetamu hotel dan panggilan kecemasan.

“Selain pekerja hotel, terdapat dua lagi saksi warga Bangladesh telah melihat mangsa dalam keadaan mencurigakan sebelum didakwa terjun dari bangunan itu,” katanya.

Menurut beliau, mayat mangsa telah dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka untuk dibedah siasat.

Katanya, siasatan lanjut masih diteruskan dengan perkembangan siasatan akan dimaklumkan selepas bedah siasar dan ujian saringan COVID-19 dilakukan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

4439
Kongsi :
Previous post Tragedi kepala air: Keluarga bersyukur dapat selesaikan pengebumian
Next post PRN enam negeri serentak, mengundi 12 Ogos
Ubah saiz-+=