
Dira beli baju raya untuk anak-anak yatim
RIM 18 April – Seramai 28 anak-anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Islam Daerah Jasin (PKAYIDJ) diberikan sumbangan baju raya sebagai persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba.
Sumbangan itu diberikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rim, Datuk Khaidhirah Abu Zahar bagi memberi keceriaan terhadap anak-anak yatim supaya tidak merasa terpinggir biarpun serba kekurangan.
“Alhamdulillah hari ini (semalam) dapat saya sampaikan sedikit sumbangan baju raya kepada anak-anak yatim daripada Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Islam Daerah Jasin (PKAYIDJ) seramai 28 orang di Jakel.
“Seronok sangat tengok adik-adik ini ceria memilih baju raya kegemaran mereka. Diharapkan sumbangan ini mampu menggembirakan mereka menjelang Hari Raya Aidilfitri yang akan tiba tak lama lagi,” katanya yang mesra dengan panggilan Dira.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PENAHANAN PEMIMPIN KANAN PARTI POLITIK TIADA KAITAN DENGAN AB RAUF
AYER KEROH 16 April - Tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri yang juga...
BEKAS ANGGOTA IMIGRESEN DITAHAN BANTU SIASATAN KES RASUAH LEBIH RM10 JUTA
KUANTAN 16 April - Seorang lagi bekas anggota Jabatan Imigresen ditahan semalam kerana disyaki bersekongkol dengan sindiket membawa masuk warga...
POLIS TERIMA 13 LAPORAN BERKAITAN ILUSTRASI JALUR GEMILANG TIDAK LENGKAP
KUALA LUMPUR 16 April - Polis menerima 13 laporan berhubung sebuah akhbar tempatan berbahasa Cina yang menyiarkan ilustrasi Jalur Gemilang...
WAJAH BAHARU IKAN BAKAR PUNGGOR @ ALAI
TELOK MAS 16 April - Kompleks Ikan Bakar Muara Punggor Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas yang diberikan wajah baharu...
MHISB RAI KAKITANGAN DAN AHLI LEMBAGA PENGARAH PADA JAMUAN AIDILFITRI
AYER KEROH 16 April - Melaka Hari Ini Sdn Bhd (MHISB) meraikan kakitangan dan Ahli Lembaga Pengarahnya pada Majlis Sambutan...
MBMB TAWAR 4 INSENTIF SEMPENA ULANG TAHUN KE-22
KLEBANG 16 April - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menawarkan empat insentif khas kepada pelanggan bersempena Hari Pengisytiharan Melaka Sebagai...