‘DIGITAL CREATOR MASTERCLASS MHI MILIKI AURA TERSENDIRI’
BUKIT KATIL 31 Disember – Digital Creator Masterclass (DCM) anjuran media nombor satu Melaka iaitu Melaka Hari Ini (MHI) yang berkongsi kepakaran menghasilkan kandungan kreatif meletakkan MHI pada kelas tersendiri.
Bagi Penyelaras Peserta DCM Edisi Jelajah Melaka (Hang Tuah Jaya), Rohazam Bakar, menyifatkan kursus berkenaan penting bagi melahirkan pencipta kandungan yang lebih berkualiti.
Katanya, selain memberi manfaat kepada masyarakat menguasai teknik pembikinan kandungan digital, ia secara tidak langsung menyerlahkan aura dimiliki tenaga pengajar kelahiran MHI.
“MHI sudah melangkah jauh ke hadapan apabila akhbar fizikal digantikan kepada bahan digital yang lebih menarik dan mengikut peredaran zaman.
“Justeru apabila ‘orang-orang kuat’ MHI yang selama ini menghasilkan gambar, poster mahupun video tampil berkongsi, inilah peluang peserta mempelajari teknik secara menyeluruh,” katanya.
Bagi peserta Nooramirah Md Derus, 31, dia menyifatkan DCM wajar diteruskan pada masa akan datang dengan silibus yang lebih besar.
Kata Nooramirah,DCM adalah kursus yang menarik dan membuktikan kredibiliti MHI.
“MHI ada tenaga pengajar yang bagus. Jadi saya harap kursus ini boleh diteruskan lagi dengan masa yang lebih panjang supaya kita dapat belajar banyak dari MHI,” katanya.
Terdahulu, kursus itu dimulakan dengan kelas pengurusan media sosial dikendalikan oleh jurulatih pemasaran jenama yang berpengalaman, Nell Attas.
Ia diteruskan dengan kelas asas fotografi dikendalikan Iqmal Haqim Rosman iaitu pemenang Anugerah Emas Fotografi Ketua Menteri Melaka.
Kursus itu turut berkongsi mengenai asas reka bentuk grafik yang disampaikan oleh pereka grafik MHI, Akmal Noorli.
Slot teknik komunikasi berkesan di hadapan kamera dan penghasilan video pula dikendalikan wartawan penyiaran MHI, Faris Haikal Zakaria yang juga pemenang Anugerah Emas Laporan TV Cemerlang Ketua Menteri Melaka.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.