Sorting by

×

Didik pelajar jadi pengguna jalan raya berhemah

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

BUKIT KATIL 2 Februari – Meskipun kelihatan remeh namun pemakaian topi keledar dan cara melintas jalan antara aspek keselamatan yang perlu diberi perhatian dalam kalangan pelajar.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka, Muhammad Firdaus Shariff berkata, pelajar khususnya perlu diberi pendedahan agar mereka mempunyai pengetahuan sekaligus dapat mempraktikkan langkah keselamatan di jalan raya.

“Justeru itu, pihak kami sentiasa bersedia dan berbesar hati untuk tampil dan hadir ke sekolah-sekolah bagi melibatkan diri dan berkongsi ilmu dalam melahirkan pengguna jalan raya yang berhemah.

“Dalam berkongsi maklumat dan mempromosikan budaya keselamatan jalan raya beberapa perkara dititik beratkan seperti pemakaian topi keledar, pengenalan kepada lampu isyarat, teori melintas jalan dan menunggang motosikal dengan cara yang betul,” katanya.

WhatsApp Image 2023-02-01 at 14.06.11
CERAMAH keselamatan jalan raya yang diadakan di SMK Ayer Molek.

Menurutnya, selain memberi ceramah, pihaknya turut mengambil pendekatan dengan melibatkan pelajar apabila mengadakan pelbagai demonstrasi keselamatan kepada pelajar.

“Kita dijemput ke dua buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Paya Rumput dan SMK Ayer Molek untuk memberi ceramah keselamatan jalan raya. Di SMK Paya Rumput ia membabitkan seramai 750 pelajar manakala di SMK Ayer Molek pula, 300 pelajar.

“Secara tidak langsung, menerusi ceramah yang diadakan ini bukan sahaja pelajar yang mendapat manfaat malah kakitangan sekolah juga dapat pemahaman tentang keselamatan jalan raya sekali gus membudayakan pemanduan berhemah,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2378
Kongsi :
Previous post Pemandu lori maut dalam kemalangan di Lebuh Raya PLUS
Next post Melaka tuan rumah sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan
Ubah saiz-+=