Didik komuniti pentingnya amalan kitar semula

Masa Membaca:1 Minit, 17 Saat

PENGKALAN BATU 21 Oktober – Platform mendidik masyarakat mengurus sisa kitar semula menerusi program ‘Singgit Seposen’ anjuran Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM) perlu ditambah baik dari semasa ke semasa.

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri Datuk Kalsom Nordin berkata, antara penambahbaikan yang boleh diselit menerusi program tersebut seperti ceramah, video kesan pembuangan sisa terpakai ke Sungai dan sebagainya.

Katanya, penambahbaikan itu mampu membuka mata dan minda masyarakat akan kepentingan mengurus sisa terpakai sekali gus mampu menjaga alam sekitar.

“Bagi meningkatkan lagi kesedaran masyarakat terhadap alam sekitar, Program Singgit Seposen ini boleh ditambah baik dengan visual, video atau adakan ceramah.

“Selain itu, program seumpama ini saya lihat boleh diperluaskan ke setiap Dewan Undangan Negeri (Dun) dan dilaksanakan di setiap Japerun,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Kitar Semula “Singgit Seposen” Infineon dan Komuniti sempena Sambutan hari Alam Sekitar Negara 2023 di tapak parkir kakitangan pekerja Infineon (POKABA), di sini, hari ini.

Hadir sama, Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri Allex Seah Shoo Chin dan Ketua Pegawai Eksekutif PTHM Ismail Hasim.

Mengulas lanjut, Kalsom yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Batu berkata, pihaknya telah memaklumkan kepada PTHM untuk mengadakan Program ‘Singgit Seposen’ itu di Japerunnya sebelum hujung tahun ini.

Jelasnya, program seumpama itu memudahkan urusan masyarakat selain dapat menjana pendapatan sampingan hasil kitar semula barangan terpakai.

“Aktiviti ini semakin mendapat sambutan yang menggalakkan dari orang ramai kerana mudah dan ia dijalankan secara pandu lalu dengan konsep ‘Scan’, ‘Drop’ dan ‘Pay’,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

899
Kongsi :
Previous post Perzim teruskan kajian Makam Tok Langgar
Next post UiTM Melaka sasar sumbang RM10,000 tanda solidariti kepada Palestin
Ubah saiz-+=