Sorting by

×

Dicekup ketika jual dadah atas jirat

Masa Membaca:1 Minit, 19 Saat

CHENG 25 Mei – Polis menahan dua tokan dadah ketika sedang leka membungkus dadah sebelum menjualnya di atas jirat Cina di Cheng di sini tengah hari semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri, Superintenden Zulkiflee Rashid berkata, tangkapan dibuat sepasukan tujuh pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah jam 1 tengah hari.

“Hasil serbuan, polis menahan dua sahabat itu masing-masing berusia 42 dan 40 tahun ketika sedang leka membungkus dadah di atas salah satu jirat Cina di situ untuk dijual kepada penagih di kawasan sekitar.

EMPAT paket plastik lutsinar dipercayai dadah jenis heroin keseluruhannya seberat 18 gram yang ditemukan di hadapan suspek.

“Pemeriksaan polis kemudian menjumpai empat paket plastik lutsinar dipercayai dadah jenis heroin yang diletakkan di atas jirat dengan keseluruhan berat 18 gram.

“Berdasarkan soal siasat awal suspek mengaku baharu beberapa hari menjadikan jirat Cina di situ sebagai ‘port’ menjual dadah setelah polis kerap menyerbu port lama mereka di Krubong,” katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini (MHI) di sini hari ini.

Menurut Zulkiflee, hasil ujian saringan air kencing terhadap kedua-dua suspek yang tidak bekerja turut didapati positif morfin selain turut mempunyai empat dan dua rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 kerana memiliki dadah yang mana membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

“Suspek turut disiasat mengikut Seksyen 15 (1)(a) akta sama kerana positif dadah dan direman selama tujuh hari bermula hari ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

751
Kongsi :
Previous post Ketua Wanita PN Melaka mohon maaf langgar SOP
Next post COVID-19 : Dua lagi warga emas meninggal dunia di Melaka
Ubah saiz-+=