
Di mana waris Nur Syafiya Sofea?
AYER KEROH 6 Jan. – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Melaka Tengah sedang mencari waris seorang kanak-kanak perempuan berusia dalam lingkungan tiga tahun yang ditinggalkan pada Ogos tahun lalu.
Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Melaka Tengah, Rosmarlina Abdul Manaf dalam satu kenyataan berkata, kanak-kanak itu ditinggalkan bapa kandungnya kepada seorang pengasuh pada 28 Ogos 2020 dan gagal dihubungi sehingga ke hari ini.
Menurutnya, maklumat yang diterima pada Mykid kanak-kanak itu bernama Nur Syafiya Sofea Abdul Haq dan beralamat di Blok M, Kampung Melayu Wira Damai, Batu Caves, Selangor.
“Laporan polis juga telah dibuat oleh pengasuh pada 19 Oktober lalu untuk merujuk kes kanak-kanak kepada pihak jabatan.
“Sehubungan itu orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali waris kanak-kanak berkenaan diminta menghubungi Pegawai JKM atau Pelindung Kanak-kanak Melaka Tengah, Norhaffasyhaa Muhamad di talian 06-232 4797, 06-333 3333 (Extn : 3009),” katanya.
Views:
Related

Berita Lain
KES BUNUH WANITA DAN ANAK SAUDARA, POLIS RAKAM KETERANGAN LIMA SAKSI
KUALA LUMPUR 27 April - Lima saksi termasuk jiran serta ahli keluarga seorang wanita dan anak saudaranya yang ditemukan mati...
BERAYA DI DUYONG JADI TRADISI RAKYAT SETIAP TAHUN
DUYONG 27 April - Jamuan Raya Tak Rileks@DUYONGKita membuktikan bahawa penganjuran itu bukan sekadar majlis untuk bersama-sama meraikan Aidilfitri bukan,...
BUKTIKAN ANDA JUGA BOLEH BERJAYA – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 27 April - Percaya kepada diri sendiri, bersemangat untuk terus belajar, menerima nasihat dan sentiasa berusaha memperbaiki diri...
MELAKA KOMITED MENCORAK PEMIMPIN MUDA BERWIBAWA
TANJUNG BIDARA 27 April - Melahirkan lebih ramai pemimpin muda berwibawa dan kaya dengan pelbagai idea segar yang mampu memberikan...
‘BUKAN RAYA BIASA’
DUYONG 27 April - Jamuan Raya Tak Rileks@DUYONGKita membuktikan bahawa suasana Hari Raya Aidilfitri bukan sekadar satu acara biasa, tetapi...
LALUAN SEHALA DI PEKAN DURIAN TUNGGAL
DURIAN TUNGGAL 27 April - Pekan Durian Tunggal akan menjadi laluan sehala dalam usaha mengatasi masalah kesesakan trafik yang sudah...