
Di mana waris Muhammad Sham?
BANDARAYA MELAKA 18 Julai – Hospital Melaka memohon kerjasama dan bantuan orang ramai bagi mencari waris pesakit lelaki yang telah meninggal dunia.
Pesakit berkenaan dipercayai seorang mualaf bernama Muhammad Sham Abdullah, 47 atau M Jaya Peramasam
Timbalan Pengarah (Pengurusan) Hospital Melaka Mohd Fairul Zaman Abdul Manan berkata, pesakit itu telah dimasukkan ke hospital berkenaan pada 12 Julai lalu dan ditempatkan di Wad 2-3 (HDW).
Pesakit kemudiannya telah disahkan meninggal dunia pada 14 Julai pada jam 6.45 petang.
Katanya, mengikut rekod, alamat terakhir pesakit ialah di No 175, Taman Haruan, Kulim, Kedah.
“Sehubungan itu, keluarga atau orang ramai yang mengenali pesakit boleh menghubungi Unit Perhubungan Awam Hospital Melaka di talian 06-2892344 sambungan 2324/2056 atau menghubungi Wad C3 Hospital Melaka di talian 06-2892344 sambungan 2324/2335,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
‘ABANG RIDER’ BANTU POLIS CEKUP PERAGUT
AYER KEROH 24 April - Tindakan pantas sekumpulan penghantar makanan atau 'abang rider' membantu polis menahan seorang lelaki yang dipercayai...
SPM 2024: 10,532 CALON DI MELAKA LAYAK TERIMA SIJIL
AYER KEROH 24 April - Jumlah calon sekolah Kementerian Pendidikan di Negeri Melaka yang layak menerima sijil bagi peperiksaan Sijil...
TUJUH SEKOLAH LUAR BANDAR JASIN CATAT 100 PERATUS LULUS SPM 2024
AYER KEROH 24 April - Tujuh sekolah luar bandar di Daerah Jasin cemerlang, apabila merekodkan pencapaian 100 peratus layak menerima...
KEBOLEHPASARAN PELAJAR PENDIDIKAN KHAS MELAKA LEPASI KPI KEBANGSAAN
BANDARAYA MELAKA 24 April - Kebolehpasaran pelajar sekolah Pendidikan Khas Negeri Melaka tahun lalu membanggakan apabila berjaya melepasi petunjuk prestasi...
APLIKASI ‘MPHTJ PAY’ BAKAL DILENGKAPI FUNGSI BAHARU
AYER KEROH 24 April - Aplikasi pembayaran Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) 'MPHTJ PAY' bakal dinaik taraf dengan penambahan...
BLACK, HATTAN ‘GEGAU’ RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DUN SUNGAI UDANG
SUNGAI UDANG 24 April - Artis popular tanah air seperti Black dan Dato' Hattan bakal menggamatkan lagi penganjuran Rumah Terbuka...