
DI MANA NIVESHINI?
JASIN 4 Disember – Polis Jasin memohon bantuan orang ramai untuk mengesan R Niveshini, 21, yang dipercayai hilang sejak petang Ahad lalu.
Ketua Polis Daerah Jasin Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi berkata, wanita itu disedari hilang oleh ibunya di kediaman mereka di Taman Bemban Height sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Jasin pada jam 8.24 malam, 1 Disember lalu.
Menurutnya, hasil soal siasat mendapati tidak berlaku konflik di antara wanita yang merupakan seorang pelukis henna itu dengan ahli keluarganya sebelum kejadian.
“Dimaklumkan, mangsa tidak membawa telefon bimbit dan kita juga tidak menolak kemungkinan wanita itu mengikut rakannya, di mana status rakannya masih dalam siasatan.
“Jadi kita memohon bantuan orang ramai mengesan Niveshini, 22 yang berketinggian lebih kurang 160cm dan berat anggaran 55kg, selain berambut panjang melepasi bahu,” katanya.
Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat SM Nadzri Md Noor atau Ketua Balai Polis Bemban di talian 0197217217 atau 065217240.
“Orang ramai juga boleh menghubungi mana-mana balai polis berdekatan,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...
TAMBAH BOT PERANTARA, LANCARKAN KEMASUKAN PELANCONG MELALUI KOMPLEKS ICQS
AYER LIMAU 19 April - Jumlah ‘middle boat’ atau bot perantara bagi membawa penumpang kapal persiaran berlabuh di perairan Selat...
PERZIM LESTARIKAN BUSANA TRADISIONAL KLASIK
BANDAR HILIR 19 April - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) memperkenalkan busana tradisional terbaharu sebagai inisiatif memartabatkan semula seni, budaya dan...
‘POGHUT’ AYER LIMAU BERAYA SAKAN
AYER LIMAU 19 April - Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau berlangsung dengan penuh kemeriahan apabila...
MERIAHNYA RAYA DI MACHAP JAYA
MACHAP JAYA 19 April - Kira-kira 2,500 tetamu hadir memeriahkan sambutan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap...