Sorting by

×

‘Di Langit Melaka, Ku Temui Damai Yang Hilang’

Masa Membaca:1 Minit, 18 Saat

BANDARAYA MELAKA 9 Mac – “Ia bukan sahaja pengalaman amat menarik, tetapi kita dapat rasai keagungan ciptaan Allah SWT,” itu kata peserta Tazkirah Santai Di Menara Taming Sari (MTS), Siti Umairah Mohd Ali.

Siti Umairah, 32, juga wakil Akademi Jiwa Hamba Melaka berkata, sebelum ini apabila menaiki MTS dia hanya dapat melihat suasana dan keindahan Bandaraya Melaka, tetapi peluang mengikuti tazkirah santai di puncak menara berketinggian 80 meter itu dianggap sebagai pengalaman luar biasa.

“Ketika naik, kita dapat melihat suasana sekeliling yang penuh dengan ciptaan Allah, mungkin sebelum ini ada yang terlepas pandang. Inisiatif MTS mengadakan tazkirah santai ini adalah usaha yang baik dan diharapkan orang ramai merebut peluang ini.

“Kerana selalunya kita hanya mendengar ceramah di surau atau masjid, tetapi kali ini di ketinggian 80 meter, malah kita dengan jelas dapat melihat contoh diberikan oleh ustaz,” katanya ketika ditemui selepas menyertai Tazkirah Santai Di Menara Taming Sari, semalam.

Sementara itu, Ustaz Mohd Hakim Mohd Nor yang berpeluang menyampaikan tazkirah berkata, idea yang dicetuskan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Menara Taming Sari Berhad (MTSB) Nasrul Ahmad berkata, adalah sesuatu yang luar biasa.

“Idea mengadakan tazkirah di menara dengan ketinggian 80 meter adalah suatu perkara yang menakjubkan kerana apabila kita berikan perkongsian ia lebih dekat.

“Kerana contoh-contoh diberikan ada disekeliling dan dapat dilihat dengan jelas seperti laut, pokok dan langit yang kita boleh lihat sendiri menerusi pemandangan dari dalam MTS,” katanya.

Dia yang juga Pengerusi Serantau Muslim berkata, meskipun pengisian tazkirah itu sama tetapi suasana adalah berbeza dan memberi impak kepada pendengar.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

634
Kongsi :
Previous post 9 menara baharu perkasa capaian internet luar bandar
Next post Menara telekomunikasi Ayer Limau berfungsi sepenuhnya sebelum Aidilfitri
Ubah saiz-+=