
Dewan Rakyat lulus RRU Perbekalan Tambahan (2021) 2022
KUALA LUMPUR, 22 Mac – Persidangan Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2021) 2022 untuk memohon perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 2021 sebanyak RM8,413.5 juta.
Rang undang-undang yang dibentangkan Timbalan Menteri Kewangan 1 Datuk Mohd Shahar Abdullah itu diluluskan selepas bacaan kali ketiga dan mendapat sokongan suara terbanyak Ahli Parlimen.
Perbelanjaan tambahan itu dimohon untuk pindahan lebihan daripada Akaun Hasil Disatukan 2021 ke Kumpulan Wang Pembangunan sebanyak RM2.235 bilion dan RM64.26 juta yang merupakan sebahagian daripada keperluan kewangan untuk menampung Perbelanjaan Pembangunan bagi tahun 2021.
Sebanyak RM6.18 bilion pula adalah peruntukan tambahan langsung kepada kementerian dan jabatan yang telah diberi kebenaran untuk berbelanja melebihi peruntukan bagi membiayai perkara-perkara yang komited pada 2021.
Terdahulu, Ahli Parlimen daripada blok kerajaan dan pembangkang mengambil bahagian membahaskan rang undang-undang itu di peringkat jawatankuasa disusuli sesi penggulungan oleh kementerian yang terlibat dalam anggaran perbelanjaan tambahan itu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...
TAMBAH BOT PERANTARA, LANCARKAN KEMASUKAN PELANCONG MELALUI KOMPLEKS ICQS
AYER LIMAU 19 April - Jumlah ‘middle boat’ atau bot perantara bagi membawa penumpang kapal persiaran berlabuh di perairan Selat...
PERZIM LESTARIKAN BUSANA TRADISIONAL KLASIK
BANDAR HILIR 19 April - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) memperkenalkan busana tradisional terbaharu sebagai inisiatif memartabatkan semula seni, budaya dan...
‘POGHUT’ AYER LIMAU BERAYA SAKAN
AYER LIMAU 19 April - Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau berlangsung dengan penuh kemeriahan apabila...
MERIAHNYA RAYA DI MACHAP JAYA
MACHAP JAYA 19 April - Kira-kira 2,500 tetamu hadir memeriahkan sambutan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap...