
Dewan Negara lantik Ahli Jawatankuasa Pemilih
KUALA LUMPUR, 21 Mac – Dewan Negara hari ini meluluskan usul pelantikan lima ahli Jawatankuasa Pemilih untuk penggal kelima, Sidang Parlimen ke-14.
Mereka ialah Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Rais Yatim (pengerusi); Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Seri Dr Mohamad Ali Mohamad; Senator Datuk Husain Awang; Senator Lim Hui Ying dan Senator Susan Chemerai Anding.
Usul yang dibentangkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Mas Ermieyati Samsudin mengikut Peraturan Mesyuarat 70 itu diluluskan dengan suara majoriti ahli Dewan Negara.
“Selaras dengan peruntukan Peraturan Mesyuarat 70 (2), majlis mesyuarat dengan ini memberi kuasa kepada Jawatankuasa Pemilih memanggil orang hadir di hadapannya serta meminta dikeluarkan surat-surat,” kata Mas Ermieyati selepas sesi soal jawab pada persidangan Dewan Negara hari ini.
Jawatankuasa Pemilih dilantik untuk menjalankan kewajipan-kewajipan yang diperuntukkan oleh Peraturan-Peraturan Mesyuarat. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
JURUTERA RUGI LEBIH RM1.1 JUTA ANGKARA PELABURAN TIDAK WUJUD
KUANTAN 22 April - Seorang jurutera lelaki kerugian lebih RM1.1 juta selepas terperdaya pelaburan tidak wujud menerusi laman web, hujung...
SEMBILAN REMAJA LELAKI ANTARA 23 DITAHAN DALAM OPS MOTOSIKAL DI JOHOR
JOHOR BAHRU 22 April - Polis Johor menahan 23 lelaki warga tempatan termasuk sembilan remaja dalam OPS Motosikal, yang dijalankan...
PERKENAL MENARA TAMING SARI KEPADA DUNIA
BANDA HILIR 22 April - Pemilihan Melaka sebagai tuan rumah penganjuran Hari Pelancongan Sedunia 2025 (WTD 2025) dan Forum Pelancongan...
POLIS BURU LELAKI KES SAMUN RANTAI EMAS BERSENJATA PARANG
SHAH ALAM 22 April - Polis sedang menjejaki sekumpulan lelaki yang disyaki melakukan jenayah samun menggunakan parang di sebuah kedai...
‘PETTING ZOO’ KEMUDAHAN SUKAN LASAK BAKAL JADI TARIKAN BAHARU TETC
RIM 22 April - Kemudahan di Taman Extreme Tasik Chinchin (TETC) akan terus dinaik taraf bagi memastikan lokasi itu terus...
SUNGAI RAMBAI LOKASI PENGANJURAN FESTIVAL HELLO KOMODITI 2025
SUNGAI RAMBAI 22 April - Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai sekali lagi dipilih menjadi lokasi karnival peringkat kebangsaan menerusi...