Sorting by

×

DEUTSCHER BRAND SUMMIT 2024, KUKUHKAN JALINAN EKONOMI MELAKA-JERMAN

Masa Membaca:1 Minit, 50 Saat

AYER KEROH 9 Oktober – Penganjuran Deutscher Brand Summit Conference and Exhibition 2024 pada 14 hingga 17 Oktober nanti dilihat sebagai kesinambungan hubungan ekonomi antara Melaka-Jerman terutamanya melibatkan bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Timbalan Exco Pelaburan, Perindustrian dan TVET Negeri Melaka, Datuk Khaidirah Abu Zahar berkata, jalinan ekonomi tersebut adalah hasil kerja keras Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh merealisasikan hasrat tersebut susulan lawatan kerja ke Jerman sebelum ini.

“Umum ketahui, teknologi industri Jerman adalah lebih terkehadapan dan disebabkan itu, Ketua Menteri Melaka (Ab Rauf) begitu teruja untuk merealisasikan jalinan ekonomi industri dengan negara Jerman. Disebabkan itu German Technology Park (GTP) yang dilancarkan pada Mac lepas menjadi penanda aras buat penganjuran Deutscher Brand Summit Conference and Exhibition 2024.

“Jika ada yang bertanya mengapa Melaka pilih Jerman, ini kerana Jerman mempunyai sistem industri yang sangat maju terutamanya libatkan TVET dan Melaka amat titiberatkan pembangunan TVET yang menjadi sasaran utama Kerajaan Negeri Melaka dalam melahirkan lebih ramai tenaga kerja tempatan yang mahir industri pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program Podcast Mana Lagi? Melaka Ler! di Studio Melaka TV, hari ini.

Ujarnya, Deutscher Brand Summit Conference and Exhibition 2024 bakal melibatkan 40 pempamer dari dalam serta luar negara dan turut bakal menyediakan beberapa program seperti business matching (padanan perniagaan), networking session (sesi rangkaian), pameran, sesi ceramah berkaitan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG), Revolusi Perindustrian (IR) 4.0 dan pelbagai lagi.

“Sepanjang empat hari persidangan ini berlangsung, turut akan dimuatkan dengan beberapa aktiviti seperti ruang pameran, Business Matching, sesi ceramah berkaitan ESG, IR 4.0 dan pembangunan TVET.

“Untuk panel sesi ceramah, ia melibatkan speaker dari dalam serta luar negara, semestinya pengisian dari setiap mereka bakal beri manfaat kepada pemain industri tempatan serta orang awam amnya,” katanya.

Deutscher Brand Summit Conference and Exhibition 2024 akan dirasmikan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh pada 15 Oktober nanti dan turut dijangka hadir Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Buruh dan Pelancongan Baden-Wurtternberg, Jerman, Dr Nicole Hoffmeister – Kraut.

Seramai 30 delegasi dari Jerman akan hadir, manakala sebanyak 20 syarikat Industri Jerman akan sertai persidangan yang pertama kali diadakan di Melaka.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

346
Kongsi :
Previous post MELAKA SMART PARKING: 326 EJEN JUALAN DIMINTA SERAH SEMULA KUPON FIZIKAL
Next post PERMOHONAN MYKAD DI MELAKA MENINGKAT
Ubah saiz-+=