DEUTSCHER BRAND SUMMIT 2024 BUKA TIRAI

Masa Membaca:1 Minit, 51 Saat

AYER KEROH, 14 Oktober – Deutscher Brand Summit Conference and Exhibition 2024 membuka tirainya hari ini dengan penglibatan sebanyak 38 pempamer mewakili pemain industri tempatan dan antarabangsa pada program yang julung kali diadakan di Negeri Melaka.

Penganjuran program tersebut merupakan kesinambungan daripada pembangunan German Technology Park (GTP) oleh Kerajaan Negeri Negeri dalam menjadikan Melaka sebagai destinasi pelaburan pilihan bagi syarikat berteknologi tinggi dari Jerman.

Whatsapp Image 2024 10 14 At 3.34.23 Pm
PENGARAH Urusan Meister Asia Pacific Sdn Bhd, Dietmar Gierlich.

Pengarah Urusan Meister Asia Pacific Sdn Bhd, Dietmar Gierlich iaitu Bagi sebuah syarikat berpangkalan di Jerman berkata, beliau amat teruja untuk turut serta pada penganjuran kali ini dan lebih mengujakan apabila dia sudah didatangi beberapa wakil industri tempatan tertarik dengan produk kejuruteraan teknologi dipamerkan.

“Meskipun baru hari pertama, kami sudah menerima banyak pertanyaan daripada wakil industri tempatan, ini adalah satu petanda yang amat baik.

“Selain pameran, pengunjung juga berpeluang mendengar sendiri perkongsian daripada beberapa speaker berpengalaman dalam bidang industri berteknologi tinggi, semua ini adalah input perniagaan yang berguna dan saya percaya ia mampu berikan kebaikan kepada mereka yang hadir,” katanya.

Whatsapp Image 2024 10 14 At 3.34.42 Pm
PENGASAS merangkap Pengarah Asiance Sdn Bhd, Germain Thomas.

Sementara itu pengasas, merangkap Pengarah Asiance Sdn Bhd, Germain Thomas, berharap pengunjung dan pemain industri memanfaatkan platform disediakan untuk mencipta peluang ekonomi baharu yang mampu menguntungkan rakyat Melaka.

“Saya baru tiba di Melaka pagi tadi, namun ia tidak menjadi masalah kerana ini adalah peluang keemasan buat kami untuk berkongsi peluang menerika perniagaan baharu di sini.

“Melaka mempunyai jalinan kuat dalam aspek kerjasama ekonomi dengan beberapa syarikat terkemuka antarabangsa, jadi sudah tentu ia memberikan kami keyakinan tinggi untuk cipta perniagaan di Melaka,” katanya.

6080021589472166777
PENGUNJUNG melihat dengan lebih dekat produk dipamerkan. Foto Iqmal Haqim Rosman

Deutscher Brand Summit Conference and Exhibition 2024 akan dirasmikan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh esok.

Lebih bermakna apabila perasmian itu dijadualkan akan turut dihadiri Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Buruh dan Pelancongan Baden-Wurtternberg, Jerman, Dr Nicole Hoffmeister-Kraut.

Disasarkan sebanyak 30 delegasi dari Jerman akan hadir, manakala sebanyak 20 syarikat industri Jerman akan menyertai program tersebut.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

78
Kongsi :
Previous post 400 DELEGASI BERHIMPUN DI MELAKA, LIMA ACARA BERLANGSUNG SERENTAK
Next post TAMAN PUNCAK KASIH TAWAR 127 UNIT KEDIAMAN
Ubah saiz-+=