Derma darah setiap tiga bulan

Masa Membaca:54 Saat

BACHANG 22 Julai – Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka meminta agar lebih ramai orang Melaka tampil menderma darah dan melaksanakan tanggungjawab sosial itu secara konsisten antara tiga ke empat bulan sekali.

Pengarah JKN Melaka Datuk Dr. Rusdi Abdul Rahman berkata, perkara itu amat penting dalam memastikan stok bekalan darah bagi kegunaan pesakit sentiasa mencukupi.

Berikutan itu beliau, berharap rakyat Malaysia khususnya orang Melaka yang sihat dan tidak mempunyai sebarang penyakit tampil sebagai penderma.

“Darah merupakan produk terapeutik penting dalam sistem kesihatan untuk merawat pesakit, sehingga kini belum ada bahan sintetik boleh menggantikan produk darah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Sambutan Hari Penderma Darah Sedunia Peringkat Negeri Melaka 2023 di sebuah pasar raya, di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengarah Hospital Melaka, Dr. Zaharimah Abdul Kadir dan Pakar Perubatan Transfusi Jabatan Perubatan Transfusi Hospital Melaka, Dr. Norazlina Hamzah.

Katanya, pemilihan slogan ‘give blood, give plasma, share life, share often’ kali ini bertepatan dengan suasana masyarakat majmuk di Malaysia.

“Slogan ini memberi fokus kepada pesakit yang memerlukan transfusi darah secara berterusan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1250
Kongsi :
Previous post Tiada anak Orang Asli keciciran akademik
Next post Pemilik darah ‘rare’ tidak lokek menderma
Ubah saiz-+=