Sorting by

×

Delegasi Karate Senior Asia Ke-19 makan malam bersama TYT

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

BUKIT BARU 19 Julai – Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam bersama isteri Toh Puan Asmah Abd Rahman meraikan delegasi Kejohanan Karate Senior Asia Ke-19 dalam satu jamuan makan malam yang berlangsung di Istana Melaka, malam ini.

Delegasi seramai 65 orang itu turut disertai Presiden Persekutuan Karate Asia (AKF) Mejar Jeneral Nasser Al Sayed Abdulrazak Alrazooqi dan Presiden Persekutuan Karate Dunia (WKF) Antonio Espinós.

Hadir sama Presiden Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF) Datuk Wira Nur Azmi Ahmad dan Timbalan Presiden 1 MAKAF Datuk Vincent Chen Chee Hong.

IMG_9113
Yang di-Pertua negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam (tengah) bersama delegasi Kejohanan Karate Senior Asia Ke-19 melihat persembahan Seni Silat Seligi Putera dalam satu jamuan makan malam yang berlangsung di Istana Melaka, Bukit Beruang, Melaka. Foto: MR. AZLI

Terdahulu, rombongan delegasi itu disambut dengan pertunjukan silat dari Persatuan Seni Silat Seligi Putera dan Kuntau Durian Daun Dalam.

Mohd Ali yang juga Ahli Jawatankuasa Eksekutif WKF meraikan kesemua delegasi itu sempena kejohanan yang akan bermula pada Jumaat hingga Ahad.

Upacara perasmian dijadualkan akan disempurnakan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Kejohanan yang disertai 32 buah negara itu bakal mempertandingkan 17 kategori secara keseluruhan iaitu 11 kategori individu lelaki dan wanita dalam acara Kata dan Kumite mengikut kelas berat masing-masing, selain enam kategori berpasukan Kata dan Kumite lelaki dan wanita.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1167
Kongsi :
Previous post Tingkat daya saing pelajar dalam bidang sains, teknologi 
Next post Mantan Speaker DUN Tokoh Maal Hijrah Melaka