Sorting by

×

Delegasi China tinjau Selat Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 19 Saat

BANDA HILIR 20 Mei – Delegasi dari Republik China yang diketuai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) China, Zhao Leji berkesempatan meninjau keadaan semasa Selat Melaka dalam rangka lawatan kerjanya ke negeri ini.

Zhao yang juga pemimpin ketiga tertinggi Republik itu bersama delegasi tiba di perkarangan Masjid Selat kira-kira jam 11 pagi tadi dan disambut Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Zaidi Johari; Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Abdul Razak Abdul Rahman dan Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri Allex Seah Shoo Chin.

Turut hadir, Penasihat Khas Pelaburan dan Hal Ehwal Negara China Kepada Ketua Menteri Datuk Lim Ban Hong; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Laksamana Low Chee Leong dan ketua-ketua jabatan serta agensi.

Sebaik tiba, beliau diiringi Ab Rauf melihat keadaan semasa Selat Melaka yang menjadi laluan perkapalan tersibuk di dunia menghubungkan Timur ke Barat.

Ia juga pernah menjadi laluan penting bagi aktiviti perdagangan di antara Melaka dan China pada abad ke-15.

IMG_20230520_131050_493
AB Rauf memberi penerangan kepada Zhao mengenai perancangan pembunan di pesisir pantai Selat Melaka. Foto Iqmal Haqim Rosman

Pada lawatan itu, Zhao dan delegasi turut diberi penerangan oleh Ab Rauf mengenai perancangan pembangunan yang bakal direncana Kerajaan Negeri di Zon Ekonomi Pesisir Pantai Melaka (M-WEZ).

Ia termasuklah membabitkan pembinaan pelabuhan dan merancakkan aktiviti maritim.

Zhao dan delegasinya meluangkan masa di perkarangan Masjid Selat selama kira-kira 30 minit sebelum mengakhiri lawatan kerjanya ke Melaka.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1347
Kongsi :
Previous post Pemimpin Kanan China lawat Jonker Street
Next post Remaja lelaki lemas ketika menjala ikan bersama rakan di Kulai
Ubah saiz-+=