DELEGASI CHINA KAGUM MELAKA BANDARAYA SEIMBANG

Masa Membaca:1 Minit, 25 Saat

BANDA HILIR 28 Oktober – Kunjungan lawatan kerja delegasi Mahkamah Agung Republik Rakyat China ke Melaka merupakan satu pengiktirafan dalam jalinan kerjasama yang sudah terjalin sejak 600 tahun dahulu.

Penasihat Khas Pelaburan dan Hal Ehwal Negara China Kepada Ketua Menteri, Datuk Wira Lim Ban Hong berkata dalam kesibukan membuat lawatan kerja rasmi ke Malaysia, kumpulan perundangan negara republik itu tetap mencari masa berkunjung ke Melaka.

Katanya, kehadiran delegasi itu berkunjung ke Melaka menunjukkan Melaka merupakan sebuah negeri yang sangat penting di Malaysia, apatah lagi tahun ini merupakan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China.

“Kita di Melaka berbesar hati dapat menyantuni delegasi China yang diketuai Ketua Pendakwa Raya Tertinggi Republik Rakyat China, Pendakwa Raya Agung Mahkamah Agung Rakyat (SPP), Ying Yong.

“Kesemua 10 delegasi terbabit sempat melawat beberapa lokasi ikonik pelancongan di Melaka seperti Masjid Selat; Muzium Cheng Ho, Muzium Baba Nyonya Heritage dan menaiki bot Melaka River Cruise,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Turut hadir pada lawatan terbabit, Pegawai Undang- Undang negeri, Khairul Azreem Mamat.

Mengulas lanjut, Ban Hong berkata kehadiran delegasi terbabit juga sekaligus mampu merancakkan kehadiran pengunjung dari China ke Melaka.

Jelasnya, ia berikutan siri lawatan delegasi terbabit akan mendapat liputan media meluas di negara tersebut.

“Sempat saya bertanyakan apa pandangan mereka (delegasi China) mengenai Melaka, dan dimaklumkan mereka mengenal Selat Melaka dan Negeri Melaka sejak daripada sekolah (mata pelajaran sejarah).

” Jadi apabila berkunjung ke Melaka, rata-rata mereka sangat mengagumi kita di Melaka ini kerana mampu memelihara bangunan-bangunan warisan dab bersejarah dengan baik seiring dengan pemodenan dan pembangunan setempat.

“Bukan sahaja kagum, malah Melaka juga dikatakan negeri yang kaya dengan sejarah dan seimbang dengan kemajuan yang ada,” ujarnya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

549
Kongsi :
Previous post DEFINISI T15 AKAN DIMUKTAMAD DALAM TEMPOH SEBULAN
Next post LELAKI NEPAL CUBA CULIK KANAK-KANAK DI RAWANG DIPERCAYAI TERLALU RINDU ANAK
Ubah saiz-+=