Delegasi asing tunjuk minat terhadap seni, budaya Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 27 Saat

MERLIMAU 8 Ogos – Seni dan budaya orang Melaka yang unik menarik minat 25 delegasi dari 14 negara yang menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Centre on Integrated Rural Development Asia and the Pacific (CIRDAP) Ke-39.

Bersempena mesyuarat tiga hari berlangsung di sebuah hotel di Bandaraya Melaka yang berakhir semalam, delegasi asing berkenaan dibawa melawat ke Rumah Demang Abdul Ghani, Kampung Merlimau Tengah, Jasin untuk melihat sendiri kepelbagaian seni tempatan.

6168238289291689768
KASELIA.

Peserta dari Fiji, Kaselia Adivatulili berkata CIRDAP adalah platform terbaik buat delegasi asing untuk mempelajari budaya orang Melaka yang unik.

“Saya dapat saksikan kebolehan mengekalkan sesuatu budaya dalam negara serba moden, kita juga sangat berbangga apabila dapat berjumpa dengan komuniti wanita dan lelaki di sini.

“Selain itu, tarian tradisional dipersembahkan kepada kami sebagai tanda selamat datang juga sangat berbeza dengan budaya kami,” katanya ketika ditemui Melaka Hari Ini.

Turut serta mengiringi delegasi asing pada lawatan itu adalah Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri Dr. Muhamad Akmal Saleh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Merlimau.

Terdahulu mesyuarat berkenaan bermula 5 Ogos, dihadiri wakil Malaysia, Bangladesh, Fiji, Filipina, India, Indonesia, Iran, Myanmar, Nepal, Pakistan, Sri Lanka, Thailand dan Vietnam.

6168238289291689767
DR. Mohammed Helaluddin.

Sementara itu, Sekretariat CIRDAP, Dr. Mohammed Helaluddin berkata berada di Melaka (Malaysia) dianggap sebagai satu pengalaman yang amat menyeronokkan kerana beliau memperoleh pelbagai pengetahuan baharu.

“Saya tertarik dengan semangat kerjasama ditunjukkan komuniti kampung yang amat bersemangat untuk memperkenalkan seni dan budaya mereka.

“Ini membuka mata para delegasi yang terlibat untuk melihat keunikan yang ada di sesebuah negara itu selain menjadi nilai tambah apabila kami balik ke negara asal nanti,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

69
Kongsi :
Previous post JPN Melaka selesai isu MyKid secara berperingkat
Next post 44 usahawan veteran ATM terima geran niaga
Ubah saiz-+=