Dekorasi tanglung, bunga hiasi Bandaraya Melaka
BANDARAYA MELAKA 25 Jan – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) mengambil inisiatif menghiasi beberapa lokasi tumpuan dengan dekorasi tanglung dan bunga.
Dekorasi itu bertujuan memeriahkan lagi sambutan Tahun Baharu Cina dan musim bunga yang akan tiba tidak lama lagi.
MBMB dalam satu kenyataan memaklumkan antara lokasi yang dihiasi dekorasi bermotifkan bunga dan taglung ialah seperti di Jejambat Al-Aziz, Jejantas Tun Sri Lanang dan Jejantas Panggung Bangsawan.
Selain itu, dekorasi lengkap dengan lampu hiasan untuk kelihatan menarik pada waktu malam itu turut dipasang di Bangunan Merah Banda Hilir, Jejantas Melaka Sentral dan Jejambat Paya Rumput.
“Menjelang musim perayaan Tahun Baharu Cina ini, kami sentiasa ingin mengingatkan anda untuk patuhi SOP MKN yang telah ditetapkan.
“Raikanlah dalam suasana sederhana namun meriah di kala negara masih belum menang dengan pandemik COVID-19,” kata kenyataan tersebut.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
KERANA KASIHNYA IBU…
TABOH NANING 14 November - Meskipun berdepan ujian dalam hidup namun semua itu langsung tidak mematah semangat Rohaya Abu Samah...
DUNIA ‘AI’ CABARAN BESAR KEPADA ANAK-ANAK
ALOR GAJAH 14 November - Kewujudan teknologi kecerdasan buatan (AI) hari ini memberi cabaran lebih besar kepada anak-anak, kata Ketua...
LELAKI CURI TABUNG TOKONG KENA CEKUP
JASIN 14 November - Seorang pemuda dicekup polis selepas disyaki terbabit dalam kejadian pecah masuk dan kecurian di dua buah...
MIROS KELUAR TIGA GARIS PANDUAN PENGURUSAN KESELAMATAN EV
MELAKA, 14 Nov - Tiga garis panduan keselamatan bagi kenderaan elektrik (EV) yang diperkenalkan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia...
SUSUR BULATAN KLEBANG KINI DIBUKA
KLEBANG 14 November - Susur Persimpangan Bulatan Klebang menghala ke Batang Tiga dibuka untuk pengguna jalan raya bermula hari ini....
JETI MICT DIBINA BERBENTUK ‘L’
BANDA HILIR 14 November - Jeti Terminal Kapal Pesiar Antarabangsa Melaka (MICT) di Pulau Melaka akan dibina berbentuk L. Ketua...