Sorting by

×

DEKATI ORANG ASLI, CARUM SKSPS

Masa Membaca:1 Minit, 24 Saat

BANDA HILIR 19 November – Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Melaka menggandakan usaha untuk mendekati masyarakat Orang Asli bagi memberi kesedaran berkaitan manfaat caruman Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS).

Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Datuk Ngwe Hee Sem berkata, meskipun sebelum ini perkara tersebut sudah diuar-uarkan kepada masyarakat itu namun tahap kesedaran masih rendah.

“Oleh itu Perkeso akan turun padang mendekati masyarakat Orang Asli di semua 14 perkampungan Orang Asli di Melaka bagi memberi penerangan mengenai manfaat serta faedah SKSPS sekiranya ditimpa musibah.

“Kami percaya antara faktor mereka ini tidak tampil secara sukarela untuk mencarum kerana kurang berkemampuan dan tiada pendapatan tetap. Tetapi sekiranya mereka ini benar-benar faham tentang manfaat skim, saya percaya mereka akan cuba mencarum,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machap Jaya berkata demikian ketika ditemui pada Program Jalinan Mesra Perkeso Bersama Media Negeri Melaka, di Banda Hilir, semalam.

Hadir sama, Ketua Cawangan Komunikasi Strategik dan Penjenamaan Jenama dan Editorial Perkeso,
Datuk Tengku Khalidah Tengku Bidin serta Pengarah Perkeso Melaka, Nur Mohammad Bakhtiar Mohamad  Akhir.

Hee Sem berkata, dalam usaha memberi kesedaran dan mengajak masyarakat Orang Asli mencarum, beliau sendiri mengambil inisiatif dengan menaja seramai 100 orang dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya.

“Ini tahun ketiga saya menaja caruman SKSPS ini untuk 100 orang masyarakat Orang Asli di DUN Machap Jaya dengan harapan selepas ini mereka secara sukarela tampil membuat caruman sendiri.

“Meskipun tahun hadapan ianya agak mencabar apabila subsidi yang diperuntukkan oleh Kerajaan Persekutuan turun kepada 70 peratus berbanding 90 peratus pada tempoh ini, namun saya akan cuba mengeluarkan belanja untuk membuat caruman kepada masyarakat Orang Asli ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

75
Kongsi :
Previous post PELAJAR TINGKATAN DUA MAUT TERJATUH TINGKAT LAPAN BANGUNAN SEKOLAH
Next post POLIS BURU EMPAT LELAKI SAMUN BERSENJATA API DI BUKIT SELAMBAU
Ubah saiz-+=