
Debat sama Anwar tunggu lepas Ramadan – Najib
BANDARAYA MELAKA 9 April – Datuk Seri Najib Razak bersedia dan bersetuju mengadakan debat bersama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bagaimanapun beliau berkata sesi perdebatan itu akan dilakukan selepas bulan Ramadan ini bagi memberi laluan umat Islam menjalani ibadah puasa.
“Itu nanti kita sedang runding, mungkin selepas bulan Ramadan sebab pada bulan ini ramai yang kata tak sesuai sebab kita nak bagi tumpuan pada ibadat,” ringkasnya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas lawatannya di tapak Melaka Grand Ramadan Bazar di Jalan Hang Tuah di sini, malam tadi.

Sesi lawatan dimulakan pada 10.30 malam tadi turut diiringi EXCO Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar, Datuk Zaidi Attan serta tetamu lain menyanyuni peniaga dan pengunjung di kawasan berkenaan.
Kehadiran mantan Perdana Menteri itu seakan menambah aura kepada kemeriahan di bazar Aidilfitri malam itu apabila ramai yang menyorak kedatangan beliau sebaik tiba di Jalan Hang Tuah.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
POLIS MELAKA KOMITED BANTERAS SINDIKET MINTA SEDEKAH, JUAL KEREPEK
AYER KEROH 21 April - Polis Melaka komited membanteras sindiket meminta sedekah dan menjual kerepek khususnya di kaki lima bank...
JALAN BAHARU TAMBAK PAYA KE LEBUH AMJ STRATEGI PENYURAIAN TRAFIK
AYER MOLEK 21 April - Jalan pintas baharu dianggarkan sejauh tiga kilometer (km) menghubungkan Tambak Paya dan Lebuh Alor Gajah-Melaka...
MELAKA REKOD 666 KES PENIPUAN DALAM TALIAN, KERUGIAN RM19.52 JUTA
REMBIA 21 April - Melaka merekodkan kerugian berjumlah RM19.52 juta yang melibatkan 666 kes penipuan dalam talian bagi tempoh 1...
AMENG SPRING BAKAL MERIAHKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DUN TABOH NANING
TABOH NANING 22 April - Penyanyi lelaki popular, Ameng Spring bakal memeriahkan lagi sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri...
DUA BERADIK MAUT DIPERCAYAI LANGGAR LAMPU ISYARAT
JOHOR BAHRU 21 April - Dua beradik maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima...
MMC LANCAR ‘HEALTH & LEISURE CARD’ PERTAMA DI MALAYSIA
BANDAR HILIR 21 April - Bagi menarik lebih ramai pesakit domestik dan antarabangsa Mahkota Medical Centre (MMC) mengambil inisiatif melancarkan...