Sorting by

×

Datuk Seri Zolkples Embong meninggal dunia

Masa Membaca:54 Saat

KUALA LUMPUR 3 Okt – Bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Seri Zolkples Embong ditemukan meninggal dunia di kediamannya di Pandan Indah di sini, pagi tadi.

Berita duka kehilangan Allahyarham turut dikongsi Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dan bekas Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek di laman sosial mereka sebentar tadi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Eshak ketika mengesahkan perkara itu berkata jenazah Zolkples, 62, kini berada di Hospital Kuala Lumpur bagi tujuan bedah siasat.

“Punca dan waktu kematian akan diketahui setelah selesai bedah siasat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Zolkples mula menjawat jawatan Ketua Pengarah MSN sejak 2007 hingga 2014.

Beliau juga pernah menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan Asia 2010 yang menyaksikan Malaysia merangkul sembilan pingat emas sekali gus merupakan pencapaian terbaik kontinjen negara sepanjang penyertaan pada temasya sukan berkenaan.

Berikutan kejayaan itu, beliau sekali lagi diberikan kepercayaan sebagai Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan Paralimpik London 2012.

Zolkples juga pernah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Sukan SEA 2017.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1238
Kongsi :
Previous post Tiga peratus lagi dibenarkan rentas negeri – KJ
Next post Tiga pulau akan diangkat sebagai produk pelancongan Melaka
Ubah saiz-+=