Dari Pirate Park ke Taman Sigua

Masa Membaca:1 Minit, 31 Saat

BANDARAYA MELAKA 26 April- Selepas sekian lama tergendala, Pirate Park yang terletak di tengah-tengah Bandaraya Melaka akan bertukar wajah ke Taman Mini Sigua membabitkan kos naik taraf RM8 juta.

Ketua Pegawai Eksekutiff Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM), Datuk Murad Husin berkata sebelum ini taman tema berkenaan ditutup berikutan terdapat beberapa masalah termasuk kerosakan peralatan.

Katanya, proses membaik pulih taman tersebut dijangka dilaksanakan selepas Hari Raya Aidilfitri.

“Sigua atau biawak adalan sinonim bagi Sungai Melaka dan merupakan maskot PPSPM, Pirate Park yang tergendala itu sering menjadi lokasi biawak berkumpul.

“Jadi kita jenamakan semula Pirate Park kepada Taman Mini Sigua dan kerja-kerja pemulihan akan dilaksankan tahun ini juga.

“Imej Pirate Park yang adalah taman tema, Taman Mini Sigua ini juga akan menjadi taman tema di mana pengunjung yang menaiki Bot River Cruise berpeluang ke sini menerusi pakej-pakej yang akan disedikan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media sempena Majlis Berbuka Puasa dan Anugerah Pekerja Cemerlang PPSPM di Hotel La Crista, malam tadi.

Ketua Pegawai Eksekutif PPSPM, Datuk Murad Husin. Foto Iqmal Haqim Rosman

Hadir sama, Timbalan Pengerusi PPSPM, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Datuk Zaidi Johari serta kenamaan lain.

Mengulas lanjut, katanya pelbagai lagi usaha untuk memperkenalkan produk-produk pelancongan baharu di negeri ini akan dilakukan.

Katanya, PPSPM secara konsisten memperkenalkan produk terbaharu seperti Bot Pit Stop, Everlasting Love, Loncat-Loncat dan terbaharu adalah Taman Mini Sigua.

Beliau berkata, selain itu turut dilaksanakan di Sungai Melaka Fasa 2, Pasar Terapung namun perkara itu masih di peringkat perbincangan.

“Pasar terapung di Sungai Melaka Fasa 2 merupakan perancangan baharu untuk menampakkan imej baharu dan tarikan di sini (Sungai Melaka Fasa 2) lebih kepada lokasi untuk rekreasi dan riadah,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2717
Kongsi :
Previous post Garis panduan pengoperasian sekolah 4.0 diumum dalam masa terdekat
Next post Ibu tunggal sebak ramai bantu sambut Aidilfitri
Ubah saiz-+=