Sorting by

×

‘Dari ada anak sampai ke cucu hadap banjir’

Masa Membaca:1 Minit, 19 Saat

AYER LIMAU 12 Ogos – “Kali ini saya hanya mampu melihat saja, sebab kudrat sudah tidak larat lagi untuk mengemas rumah setiap kali selepas banjir,” kata Razali Ismail, 63, antara mangsa banjir yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Masjid Ar-Rasyidin.

Dia yang menetap di Taman Seri Bayu 2, mendakwa sudah menempuh pengalaman banjir sebanyak 10 kali sejak berpindah ke penempatan itu sekitar tahun 1990-an.

“Sekarang memang sudah tidak mampu, dari anak kecil sekarang sudah ada cucu pun macam itu saja.

“Kadangkala banjir air naik sampai ke paras lutut ada juga separas pinggang dan ia berlarutan hampir setiap tahun,” katanya.

Razali yang merupakan pesara polis itu berkata, masalah jantung dan buah pinggang dialami kini menjadi antara faktor dia tidak lagi mampu untuk membantu isteri dan anak bongsu mereka membersihkan rumah selepas banjir.

“Sebelum ini memang ada tenaga dan kudrat, tetapi sekarang hanya harapkan anak-anak, bagi yang merantau kami tunggu mereka pulang untuk bantu kemas rumah.

“Banjir kali ini saya mampu tengok saja, hanya anak anak yang bantu pindahkan barang ke tempat tinggi agar tidak dihanyutkan air,” katanya.

Whatsapp Image 2024 08 12 At 3.46.15 Pm
RAZALI.

Sementara itu nasib 160 mangsa di PPS berkenaan mendapat perhatian Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam yang turun padang untuk bertanya khabar dan menyampaikan bantuan kepada mereka terjejas.

Pada lawatan itu Tun Dr. Mohd Ali turut diiringi Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Penyelaras Dewan Udangan Negeri (DUN) Rembia, Datuk Fairul Nizam Roslan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

228
Kongsi :
Previous post Kerjasama promosi Menara Taming Sari
Next post Pesakit buah pinggang terpaksa jalani dialisis dalam banjir
Ubah saiz-+=