Darah ‘pahlawan’ Melaka dihantar ke Lembah Klang

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

KUALA LUMPUR 13 Ogos – Sebanyak 180 beg darah merah yang didermakan rakyat Melaka kini telah selamat tiba di Lembah Klang.

Pusat Darah Negara dalam satu kenyataan, memaklumkan, bekalan itu berupaya menampung permintaan bekalan darah oleh pelbagai hospital di Lembah Klang.

Jelas kenyataan itu, ia bukan sahaja menampung keperluan darah bagi pesakit biasa, bahkan turut diperlukan oleh pesakit COVID-19 yang memerlukan perawatan transfusi darah.

“Dari Bumi Hang Tuah ke Ibu Kota. Jabatan Perubatan Transfusi, Hospital Melaka telah membekalkan sejumlah 180 unit darah merah kepada Pusat Darah Negara bagi menampung permintaan bekalan darah oleh pelbagai hospital di Lembah Klang.

“Dengan penggunaan darah yang berterusan bukan sahaja bagi pesakit biasa tetapi darah juga diperlukan oleh pesakit COVID-19 (yang memerlukan perawatan transfusi darah).

“Terima kasih kepada adiwira di negeri Melaka atas jasa dan sumbangan anda dalam menyelamatkan nyawa pesakit di Melaka dan kini juga di Lembah Klang,” kata kenyataan itu di laman Facebook rasminya.

Untuk rekod, Jabatan Perubatan Transfusi, Hospital Melaka giat mengadakan kempen derma darah di seluruh pelosok negeri dalam memastikan bekalan darah sentiasa mencukupi.

Kempen tersebut diadakan setiap hari kecuali Ahad dan cuti umum, di lokasi-lokasi terpilih.

Maklumat lanjut mengenai jadual kempen derma darah di negeri ini boleh didapati menerusi laman Facebook, melakabloodbank.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

898
Kongsi :
Previous post Agong, permaisuri, zahir ucapan takziah kepada keluarga Dato’ Indera Mustafar
Next post Empat anggota TUDM maut dalam kes tembakan di kem TUDM Kota Samarahan
Ubah saiz-+=