Sorting by

×

Dapat TV 70 inci naik Menara Taming Sari

Masa Membaca:1 Minit, 19 Saat

BANDA HILIR 2 Okt.-  Pelbagai hadiah istimewa menanti pengunjung Menara Taming Sari (MTS) yang menyertai cabutan bertuah menerusi kempen ‘Jom Naik Menara’ bermula 1 Oktober sehingga 31 Disember ini.

Timbalan Pengurus Besar MTS, Halil Mohamed Jafar berkata, sambutan pengunjung ke MTS sejak dibuka semula operasi semalam, amat menggalakkan.

Katanya, MTS turut menawarkan pelbagai pakej dan hadiah menarik serta istimewa buat pengunjung ke MTS setiap minggu sehingga Disember ini.

“Kita juga menyediakan cabutan bertuah di mana pengunjung berpeluang memenangi televisyen berukuran 70 inci serta dua basikal jenis ‘mountain bike’,” katanya ketika ditemui Melaka Hari Ini di sini hari ini.

HALIL Mohamed Jaafar mempromosikan cabutan bertuah jom naik menara di Menara Taming Sari, Banda Hilir. Foto: MR. Azli

Menurutnya, pelbagai promosi yang dilaksanakan itu adalah usaha untuk merancakkan lagi sektor pelancongan negeri susulan Melaka beralih ke Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula semalam.

“Hari pertama dibuka sambutan amat mengalakkan dalam kalangan penduduk di Melaka, ini sempadan belum dibuka, dan lepas dibuka nanti kedatangan pengunjung akan lebih ramai.

“Hadiah-hadiah ditawarkan ini juga akan menjadikan Menara Taming Sari ini sentiasa diingati,” katanya.

Menurutnya, pihaknya turut berterima kasih kepada kerajaan negeri yang sering membantu merancakkan kembali aktiviti pelancongan negeri ini.

Ditanya mengenai pengoperasian yang terpaksa ditutup lebih setahun lalu, Halil berkata, sepanjang itu pihaknya mengambil peluang untuk menaik taraf fasiliti di MTS.

“Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu, MTS mengambil lngkah untuk menaik taraf fasiliti supaya bila boleh beropersi, kita memberikan pengunjung menikmati dalam keadaan yang kondusif,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

824
Kongsi :
Previous post Jurujual wanita cedera kereta terbabas
Next post Perlu lebih ramai orang muda pelbagai kaum sertai KRT
Ubah saiz-+=