Sorting by

×

Dalam tempoh seminggu 523 ‘check-in’ MySejahtera berstatus merah – Khairy

Masa Membaca:1 Minit, 14 Saat

ALOR SETAR 19 Sept. – Sebanyak 523 ‘check-in’ aplikasi MySejahtera berstatus merah direkodkan dalam kalangan individu yang positif atau mempunyai kontak rapat di negeri ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaludin berkata jumlah itu dilaporkan dalam tempoh seminggu ini yang mana mereka tidak sepatutnya untuk keluar rumah.

“Sebanyak 18 peratus daripada ‘check in’ ini berlaku di pasar raya, dia (individu) pergi supermarket, jadi kita minta supaya pemilik premis untuk membuat pengawasan di pintu masuk dengan ketat.

“Saya telah maklumkan kepada YAB Menteri Besar (Muhammad Sanusi Md Nor) dalam seminggu ini sahaja berlaku 523 ‘check in’ MySejahtera yang mana mereka adalah orang positif ataupun orang yang ada perintah kuarantin rumah.

“Dia check in tetapi sebenarnya dia tak sepatutnya keluar kerana status merah sama ada positif atau ‘high risk’,” katanya.

KHAIRY JAMALUDDIN.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena lawatan kerja beliau dan mesyuarat Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) di Wisma Darul Aman, Alor Setar hari ini.

Ujarnya perkara itu berlaku disebabkan sikap ambil mudah pegawai keselamatan atau jaga di premis itu yang membenarkan individu itu masuk.

“Individu itu dapat memasuki premis maksudnya pegawai keselamatan atau jaga di situ dia tidak periksa…dia lepaskan sahaja.

“Jadi kita minta supaya di pasaraya, kedai-kedai runcit…lihat betul-betul status MySejahtera itu sebelum mereka dibenarkan masuk.

“Maksudnya ada ketidakpatuhan kepada perintah kawalan kuarantin rumah bagi mereka yang positif atau kontak rapat,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

717
Kongsi :
Previous post Suntikan dos ketiga vaksin dijangka awal Oktober – Khairy
Next post Kutip 53 kg sampah di Pantai Pengkalan Balak
Ubah saiz-+=