Dakwaan wad kanak-kanak hospital di Melaka penuh tak benar

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

AYER KEROH 16 Julai – Kerajaan Negeri menafikan wad kanak-kanak di beberapa hospital di negeri ini penuh sehingga tiada katil seperti status yang dimuat naik satu portal di laman sosial pada kelmarin.

Memetik hantaran portal, ‘Mohon jaga pemakanan dan kesihatan anak-anak anda. Wad Kanak2 di beberapa hospital di Melaka penuh sehinggakan tiada katil!’.

Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Ngwe Hee Sem seterusnya dilihat meninggalkan komen dengan menafikan keadaan di wad kanak-kanak hospital di Melaka penuh sesak.

Pada komen sama Hee Sem menyatakan beliau sempat singgah dan untuk melawat namun keadaan di hospital tidak seperti yang digambarkan portal tersebut dua hari lalu.

Memetik komen yang ditinggalkan, Hee Sem berkata menerusi tinjauannya, suasana di wad kanak-kanak Hospital Melaka masih ada separuh kekosongan.

“Saya sebagai Exco Kesihatan Melaka, setakat sampai tengahari hari ini, wad kanak-kanak di B2 penuh, tetapi di Wad 1-2 dan Wad 1-4 masih ada separuh lagi kosong. Tidak seperti dinyatakan,” komen beliau.

Hee Sem yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machap Jaya kini sedang berehat daripada berkhidmat dan dalam tempoh cuti sakit selepas menjalani pembedahan kaki akibat kecederaan.

Bagaimanapun, tinjauan Melaka Hari Ini di portal terbabit mendapati komen terbabit telah dipadam.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

199
Kongsi :
Previous post “Bantu rakyat, jangan terlampau berpolitiklah…”
Next post Ujian 79 kilometer pantau prestasi perkhidmatan telekomunikasi dua daerah
Ubah saiz-+=