Sorting by

×

Dakwaan kadar vaksinasi rendah dalam negara tidak benar- Khairy Jamaluddin

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

PUTRAJAYA 3 Mei. – Dakwaan kononnya kadar vaksinasi di dalam negara rendah dan perlahan adalah tidak benar, sebaliknya pemberian suntikan vaksin dibuat mengikut jadual penghantaran bekalan, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata setakat ini, negara telah menerima sebanyak 1,938,660 dos vaksin Pfizer, Sinovac dan AstraZeneca, dan daripada jumlah itu sebanyak 1,453,382 dos telah disuntik.

“Jadi, ini menunjukkan kadar penggunaan vaksin yang diterima di dalam negara adalah 75 peratus… kalau baru 10 peratus, ya lah perlahan.

“Maka, ini bukan soal kadar vaksinasi yang rendah dan bukannya kita tidak mahu beri orang ramai vaksin dengan cepat, isunya bekalan dihantar mengikut jadual,” katanya dalam sidang media bersama Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba mengenai perkembangan program imunisasi tersebut di sini hari ini.

Beliau berkata 25 peratus vaksin lagi telah dikhususkan untuk janji temu suntikan yang disusun berdasarkan kepada jadual penghantaran.

“Kita akan teruskan dengan 80 peratus lagi selepas raya nanti kerana sekarang terdapat kekangan disebabkan kes COVID-19 yang meningkat, kekangan tenaga kerja dan sebagainya.

“Bila bekalan vaksin sampai lagi, kita akan terus gerakkan vaksin itu untuk disuntik masuk pada lengan penduduk Malaysia…tiada soal kita simpan vaksin dan sebagainya,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

378
Kongsi :
Previous post Program vaksin AstraZeneca secara sukarela akan diperluaskan- Khairy
Next post Hanya penerbangan kargo dari dan ke India dibenarkan sejak 28 April-Wee
Ubah saiz-+=