Sorting by

×

Dakwaan isu mangsa banjir tidak terima bantuan, tidak benar

Masa Membaca:1 Minit, 36 Saat

AYER KEROH 13 Ogos – “Saya sampai ‘rotate’ dua kali bagi (mengagihkan) bantuan makanan kepada mangsa sementara menunggu Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) nak selesaikan proses birokrasi.

Jelas Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Zulkiflee Mohd Zin sekali gus menafikan dakwaan bantuan lewat diberikan kepada mangsa.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taboh Naning berkata perkara sedemikian tidak sepatutnya diangkat menjadi isu ketika diminta mengulas mengenai dakwaan mangsa banjir di sekitar Masjid Tanah dan Alor Gajah yang tidak mendapat bantuan di PPS.

Jelasnya, beliau turut menafikan bahawa timbul isu mangsa banjir terkandas dan tidak diselamatkan pihak berkuasa.

“Saya menafikan terdapat mangsa di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang tidak menerima bantuan makanan, dakwaan itu tidak benar.

“Perkara ini tidak sepatutnya timbul di kala ramai yang tengah susah, untuk pengetahuan pada hari kejadian kelmarin, ramai wakil rakyat berkumpul di Sungai Rambai menghadiri program yang dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri,” katanya.

Beliau berkata demikianselepas merasmikan Majlis Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) Bilangan 7 dan Pelancaran Kempen Jalur Gemilang Peringkat MPHTJ di Melaka Mall di sini hari ini.

Hadir sama, Yang Dipertua MPHTJ, Datin Sapiah Haron.

Zulkiflee berkata ketika kejadian banjir itu, Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh telah mengarahkan semua ADUN di bawah Parlimen Masjid Tanah untuk pulang ke DUN (Dewan Undangan Negeri) masing-masing.

“Saya telah mengerahkan semua pihak berkaitan bencana untuk bergerak membantu menyelamat mangsa-mangsa banjir di sekitar Masjid Tanah dan Alor Gajah, Alhamdulillah semua selamat ditempatkan di PPS, jadi tiada isu mengenai terkandas.

“Selain PBT (pihak berkuasa tempatan), pihak bomba turut menghantar pasukan untuk membantu mangsa seperti warga emas yang tinggal berdua dan beberapa keluarga yang memerlukan bantuan bagi kerja-kerja pembersihan rumah mereka.

“Saya harap isu dan dakwaan yang tidak benar ini tidak perlu diperbesarkan, kerana situasi rakyat tengah susah, tidak kena masa,” tegasnya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

183
Kongsi :
Previous post Bantuan banjir cukup, jangan keruhkan keadaan
Next post MPHTJ edar 7,000 notis pasang Jalur Gemilang
Ubah saiz-+=