Sorting by

×

Cuti umum 20 Februari buka pintu rezeki untuk peniaga

Masa Membaca:1 Minit, 19 Saat

AYER KEROH 14 Februari – Inisiatif Kerajaan Negeri menjadikan 20 Februari ini sebagai cuti umum baharu sempena Hari Pengisytiharan Kemerdekaan bakal memberi limpahan rezeki untuk para peniaga di negeri ini.

Mana tidaknya, selain cuti umum, akan diadakan juga Hari Terbuka Negeri Melaka yang menyaksikan sebanyak 10 produk pelancongan di negeri ini menawarkan tiket masuk secara percuma.

Bagi peniaga kraftangan, Farah Azim, 46, cuti umum tersebut bukan hanya memberi pulangan kepada Kerajaan Negeri, malah tempiasnya turut dirasai peniaga kecil untuk menjana pendapatan lebih.

“Saya sudah berniaga sini lebih 30 tahun dan hari biasa memang pelanggan kurang, jadi bila ada cuti umum begini ia memang memberi peluang kepada kami (peniaga) mencari rezeki lebih.

“Selain datang ke Zoo Melaka sudah tentu pengunjung membeli-belah barangan di gerai-gerai kraftangan yang ada di kawasan ini, ini dikira sebagai limpahan rezeki pada para peniaga termasuk di kawasan pelancongan lain.

“Pada hari tersebut juga saya akan berniaga lebih awal sebelum pengunjung mula beratur untuk masuk ke kawasan pelancongan yang percuma ini,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Whatsapp Image 2024 02 14 At 16.14.20
MOHD Rozel Hakim

Nada sama turut disuarakan Mohd Rozel Hakim Md Nahir, 36, yang menyifatkan inisiatif berkenaan secara tidak langsung memperkenalkan produk-produk pelancongan Melaka kepada orang ramai.

“Terima kasih Kerajaan Negeri laksanakan inisiatif ini, memang bagus bila ada cuti umum sebab ramai pelancong yang datang ke Melaka.

“Secara tidak langsung peniaga kecil seperti kami ini menerima impak positif, hari tersebut juga merupakan punca rezeki kepada peniaga kerana pada hari biasa pelanggan tidak ramai,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

7721
Kongsi :
Previous post ‘Kereta ini bukan untuk dijual’
Next post TMM2024: Kastam Melaka pergiat usaha banteras penyeludupan
Ubah saiz-+=