Cuti 26 Ogos tidak wajib untuk pekerja swasta
AYER KEROH 22 Ogos – Hari Kelepasan Am (Tambahan) sempena Sambutan Hari Jadi ke-75 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka pada 26 Ogos ini (Isnin) tidak wajib diberikan kepada pekerja swasta.
Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Melaka Naziyah Said memaklumkan, hari kelepasan am itu boleh menjadi pilihan oleh majikan dalam sektor swasta di negeri ini.
Beliau bagaimanapun memaklumkan, sekiranya mana-mana majikan yang memilih cuti Sambutan Hari Jadi ke-75 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka sebagai hari kelepasan am, syarikat hendaklah memberikan cuti kelepasan am bergaji kepada pekerja pada 26 Ogos 2024.
“Walau bagaimanapun, majikan boleh dengan persetujuan pekerja untuk menggantikan cuti tambahan tersebut pada hari lain (selain 26 Ogos) sebagaimana peruntukan seksyen 60D(1A) Akta Kerja 1955,” katanya dalam satu kenyataan.
Sebelum ini, Kerajaan Negeri Melaka telah mengisytiharkan 26 Ogos 2024 (Isnin) sebagai Hari Kelepasan Am (Tambahan) Negeri Melaka sempena Sambutan Hari Jadi ke-75 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam.
Pengisytiharan itu dibuat selaras dengan Seksyen 9(1) Akta Hari Kelepasan 1951 [Akta 369].
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
TRAGEDI KELUAR SIMPANG: WARGA EMAS MAUT, CUCU CEDERA
LENDU 11 Januari - Seorang pesara tentera maut, manakala cucunya cedera selepas motosikal ditunggang bertembung dengan sebuah kereta di persimpangan...
W.R.U.R MEDAN SELAMI, SELESAI KEMELUT MASYARAKAT
KUALA LINGGI 11 Januari - Program Ziarah Kasih Sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (W.R.U.R) di Dewan Undangan Negeri (DUN)...
‘TERIMA KASIH BANTU KAMI’
KUALA LINGGI 10 Januari - "Bagaikan hilang kata-kata apabila melihat keadaan dalam dan perkarangan rumah kini lebih bersih dan kemas....
W.R.U.R: KEMBARA KAK SOM DEKATI MASYARAKAT
KUALA LINGGI 10 Januari - Kembara Kak Som yang menjelajah ke segenap pelosok Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi bersempena...
BAJET 2025: RAKYAT SYUKUR KERAJAAN MELAKA PEDULI NASIB GOLONGAN MEMERLUKAN
KUALA LINGGI 10 Januari - Pelbagai bantuan yang disalurkan Kerajaan Negeri kepada segenap lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa mahupun agama...
LEMPAR TUKUL BESI KE ARAH BALAI POLIS LEPAS DENGAR ‘BISIKAN’
PANTAI KUNDOR 10 Januari - Polis Melaka menahan seorang lelaki yang juga penganggur selepas melakukan khianat dengan memecahkan cermin Balai...