Sorting by

×

CURI KABEL: 3 LELAKI DICEKUP, SEORANG MASIH DIBURU

Masa Membaca:1 Minit, 20 Saat

BANDARAYA MELAKA 11 November – Tindakan mencurigakan sebuah kereta pacuan empat roda di Jalan Parameswara membongkar kegiatan mencuri kabel oleh empat lelaki.

Kumpulan lelaki berkenaan yang menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda bagaimanapun bertindak memecut sebaik menyedari kehadiran kereta peronda polis sebelum berlaku adegan kejar-mengejar.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi, 5 November lalu itu, kenderaan dinaiki suspek telah memecut laju ke Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) Peringgit, Plaza Tol Ayer Keroh hingga ke Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) Pedas Linggi.

Menurutnya, semasa berlaku kejar-mengejar, kenderaan jenis Nissan Navarra yang dinaiki suspek telah merempuh dua kenderaan orang awam di Jalan Bukit Palah dan enam lagi kenderaan di Pedas Linggi, sebelum kenderaan itu terbabas di Kilometer 239.1 Lebuhraya Utara Selatan.

“Semasa proses tangkapan ke atas suspek telah berlaku sedikit pergelutan dan salah seorang suspek telah berjaya meloloskan diri.

“Hasil pemeriksaan ke atas kenderaan suspek telah menemui 148 batang kabel Telekom Malaysia (TM) bernilai anggaran RM27,000 bersama pelbagai jenis peralatan mencuri kabel, termasuk parang.

“Hasil semakan mendapati kesemua suspek yang berasal di Selangor mempunyai lebih 20 kes jenayah lampau melibatkan kes samun, pecah rumah, curi dan dadah,” katanya.

Beliau berkata, siasatan lanjut masih diteruskan dan polis kini giat mengesan rakan sejenayah yang masih bebas.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan serta Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai makumat berkaitan sebarang kejadian jenayah untuk segera menghubungi talian 06-2842222.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

145
Kongsi :
Previous post ‘JANGAN BERGANTUNG HASIL KUTIPAN CUKAI SEBAGAI SUMBER PENDAPATAN’
Next post SYARIKAT KENDALI TAPAK PELUPUSAN SAMPAH BAKAL DIKENAKAN TINDAKAN
Ubah saiz-+=