
Curi bas sekolah sebab nak balik kampung
DUYONG 31 Januari – Seorang penganggur dicekup selepas melarikan sebuah bas sekolah dalam kejadian di sebuah stesen minyak Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) Kampung Musai, Bukit Serindit, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, suspek berusia 27 tahun itu telah melarikan bas tersebut menghala ke arah Melaka Sentral sebelum bas itu terbabas di bahu kiri jalan berhampiran sebuah hotel di Taman Malinja.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, suspek kemudiannya ditahan pemilik bas dengan bantuan orang awam sebelum diserahkan kepada pihak polis.
“Mengikut pengakuan awal, suspek mendakwa melakukan kegiatan itu dengan tujuan untuk pulang ke kampungnya di Kapar, Klang.
“Suspek juga dipercayai kurang siuman,” katanya dalam satu kenyataan.
Christopher berkata, suspek direman selama tiga hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 379 (A) Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 511 kanun yang sama.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
PEMERKASAAN EKONOMI, KESEJAHTERAAN RAKYAT TUMPUAN SIDANG DUN MELAKA
SERI NEGERI 29 April - Persidangan Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Kelima Belas yang berlangsung 25, 28...
SISTEM MAKLUMAT HOSPITAL MELAKA DINAIK TARAF
SERI NEGERI 29 April - Sistem Maklumat Hospital (HIS) yang terletak bersebelahan projek pembinaan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Melaka di...
DUA JAJARAN JALAN RAYA BAHARU DIRANCANG MPAG DI DURIAN TUNGGAL
SERI NEGERI 29 April - Dua jajaran jalan baharu dicadangkan untuk dibina dalam kawasan Durian Tunggal menerusi Rancangan Tempatan Majlis...
PESAWAH MELAKA DAPAT BENIH PADI BERKUALITI HARGA MURAH
SERI NEGERI 29 April - Inisiatif Kerajaan Negeri membangunkan ladang benih padi di Sawah Tengah Padang, Merlimau terbukti berjaya membawa...
BANTUAN PENDIDIKAN ANAK-ANAK B40 DI MELAKA MENINGKAT TAHUN INI
AYER KEROH 29 April - Jumlah penerima bagi bantuan Pendidikan menerusi Bantuan Pakaian Sekolah (BPSR) dan Biasiswa Melaka tahun ini...
BIMBING BELIA KECICIRAN AKADEMIK JADI USAHAWAN
SERI NEGERI 29 April - Sebanyak 30 program pemantapan dan pembangunan belia dilaksanakan sepanjang tahun oleh Kerajaan Negeri dalam menggalakkan...