Sorting by

×

CULAS BAYAR CUKAI TAKSIRAN, MBMB KELUARKAN 29,004 NOTIS

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

AYER KEROH 3 Januari – Sebanyak 29,004 Notis E (cukai taksiran) dikeluarkan kepada pemilik premis culas membayar cukai taksiran dan mempunyai tunggakan.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Datuk Shadan Othman berkata bagi tempoh Januari hingga Disember 2024 pihkanya merekodkan 75 akaun tertunggak bagi ‘batch’ satu.

“Sitaan akan dibuat ke atas premis kediaman dan perniagaan, pemilik hanya boleh menarik semula sitaan dengan cara menjelaskan bayaran atau ansuran bayaran dengan kelulusan pegawai penilaian MBMB.

“Tunggakan cukai ini akan mengganggu kelancaran kerja-kerja penyelenggaraan dan perkhidmatan, jadi kita nasihatkan jangan ambil mudah soal bayaran cukai. Mungkin bila mahu bayar baru sedar anda mempunyai jumlah tunggakan yang tinggi,” katanya.

Whatsapp Image 2025 01 03 At 11.12.13 Am
MBMB mengajak pemilik premis kediaman dan perniagaan membayar cukai taksiran.

Mengulas lanjut, Shadan turut mengingatkan kepada pemilik premis dalam kawasan pentadbiran MBMB supaya mengemas kini alamat surat menyurat bertujuan memudahkan urusan penghantaran bil cukai.

“Kami juga sedia menerima rundingan daripada pemilik premis sekiranya mereka ingin membuat bayaran secara ansurans dan kaedah-kedah lain.

“MBMB mengambil serius bagi senarai pembayar cukai yang culas dengan melaksanakan tindakan operasi sitaan,” katanya.

Dalam pada itu, Shadan berkata orang ramai boleh membayar cukai taksiran MBMB penggal pertama bermula 1 Januari hingga 28 Februari 2025.

“Manakala kaunter bayaran fizikal yang disediakan adalah di Graha Makmur MBMB, Pusat Transformasi Bandar (UTC) dan kaunter bergerak MBMB,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1778
Kongsi :
Previous post BELON UDARA PANAS BAKAL HIASI LANGIT AYER KEROH
Next post PELAJAR TINGKATAN SATU MAUT DALAM KEMALANGAN MOTOSIKAL
Ubah saiz-+=