Cubaan curi 3 tan sawit tidak kesampaian
DURIAN TUNGGAL 24 Feb. – Cubaan lima lelaki untuk mencuri kelapa sawit dari sebuah ladang di Durian Tunggal berjaya dipatahkan anggota polis apabila semua mereka diberkas pada jam 3.30 petang semalam.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Arshad Abu berkata, hasil maklumat orang awam, sepasukan anggota dari Balai Polis Durian Tunggal menyerbu ladang berkenaan dan mendapati semua suspek sedang memunggah kelapa sawit ke dalam sebuah lori berwarna merah.
Katanya, polis turut merampas peralatan digunakan untuk mencuri buah sawit iaitu tiga batang besi ‘loading’ dan sebilah sabit panjang, selain merampas lori bermuatan sawit anggaran seberat tiga tan dan bernilai kira-kira RM2,000.
“Kesemua yang ditangkap berusia lingkungan 17 hingga 47 tahun dan seorang daripada mereka memiliki rekod lampau di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan.
“Kesemua mereka direman selama empat hari bermula hari ini sehingga 28 Februari dan ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan, sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
BAJET MELAKA 2025, INISIATIF MEMENUHI KEPERLUAN RAKYAT
SERI NEGERI 3 Januari - Pelaksanaan pelbagai inisiatif menerusi Bajet Melaka 2025 membuktikan kesungguhan Kerajaan Negeri dalam memenuhi keperluan rakyat....
TINGKAT PEMBANGUNAN USAHAWAN MENERUSI BAJET 2025
SERI NEGERI 3 Januari - Pembangunan usahawan di Melaka terus diperkasa apabila peruntukan berjumlah RM600,000 disalurkan menerusi portfolio pembangunan usahawan,...
BANJIR TERMENUNG: RIBUAN ANAK IKAN MUNCUL, PENDUDUK PASIR MAS RAIH PENDAPATAN SAMPINGAN
PASIR MAS 2 Januari - Banjir yang belum surut di beberapa kampung di sini membawa rezeki kepada penduduk apabila ribuan...
BERMALAM DI HANG TUAH CENTRE, PROGRAM BUKA TIRAI 2025
DUYONG 2 Januari - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) membuka tirai 2025 dengan melaksanakan Program Bermalam di Muzium bermula di Hang...
TINDAKAN TATATERTIB, 147 PEGAWAI, ANGGOTA POLIS DIBUANG KERJA
AYER KEROH 2 Januari - Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak pernah berkompromi berhubung aspek integriti pegawai dan anggotanya dalam usaha...
KANAK-KANAK PEREMPUAN MAUT TERSEPIT MEJA LIPAT
NIBONG TEBAL 2 Januari - Seorang kanak-kanak perempuan maut selepas didakwa tersepit di celah besi meja lipat di rumahnya di...