Sorting by

×

Cuaca buruk: Nelayan diingat waspada, tangguh aktiviti laut – Maritim

Masa Membaca:1 Minit, 48 Saat

SEREMBAN, 3 Jan – Komuniti maritim terutama nelayan dan pengunjung pantai peranginan dinasihatkan berwaspada dan menangguhkan dahulu aktiviti melibatkan perairan susulan cuaca buruk di Melaka, Negeri Sembilan dan kebanyakan negeri ketika ini.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Melaka dan Negeri SembilanĀ Kapten Maritim Haris Fadzillah Abdullah berkata ini kerana perairan negeri ini diramalkan berlaku air pasang besar denganĀ tiupan angin Monsun Timur Laut yang lebih kuat sehingga Rabu (5 Jan).

Beliau berkata keadaan laut ketika ini juga adalah berbahaya kepada bot-bot kecil berikutan hujan lebat dan laut bergelora dengan ombak boleh mencapai ketinggian sehingga 1.5 meter.

ā€œKebanyakan nelayan yang berdaftar di negeri iniĀ adalah nelayan Kelas A yangĀ menggunakan bot kecil untuk menangkap ikan. Dengan cuaca yang buruk pada masa sekarang, ada kemungkinan bot mudah terbalik apabila dibadai ribut dan ombak yang kuat.

ā€œBagaimanapun, sekiranya masih perlu ke laut, mereka harus sentiasa berhati-hati dan mengambil langkah keselamatan dengan memakai jaket keselamatan, merujuk ramalan kaji cuaca terlebih dahulu serta memastikan bot dalam keadaan selamat,ā€ katanya.

Jelasnya, mereka juga perlu membawa Peranti Pengesan Peribadi yang membantu mempercepatkan bantuan di laut jika berlaku sebarang kecemasan selain menghubungi talian Pusat Operasi Maritim 06-3876730 atau 999 yang beroperasiĀ 24 jam.

Haris Fadzillah berkata Maritim MalaysiaĀ Melaka dan Negeri Sembilan sentiasa memantau keselamatan komuniti maritim di laut dengan melakukan rondaan di sekitar perairan, pantaiĀ rekreasi serta di jeti awam sekitar Negeri Sembilan.

Sejak 25 Dis lepas, bot peronda digerakkan setiap hari bagi memantau keadaan perairan Melaka dan Negeri Sembilan serta melaksanakan program ā€˜Preventif SARā€™ dalam memastikan keselamatan orang awamĀ ketika menjalankan aktiviti di laut, katanya.

Semalam, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat bahaya, buruk dan waspada yang dijangka berlaku di kebanyakanĀ negeri sehingga Selasa (4 Jan) membabitkan Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Sabah, Kelantan, Terengganu, Perak,Ā Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Sementara itu, pegawai perikanan Jabatan Perikanan Negeri Sembilan (JPNS) Doreen Wee Siew Leen berkata nelayan masih ke laut untuk menangkap ikan namun hanya melibatkan zon pesisiran pantai dan menasihatkan sejumlah hampir 500 nelayan di negeri itu agar sentiasa berjaga-jaga ketika melakukan aktiviti di laut. – BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1145
Kongsi :
Previous post Saudara (1928-1941): Covering Melayu Tanjong and the World
Next post COVID-19: CAC di Bukit Serindit dipindahkan ke MITC Ayer Keroh mulai esok