
COVID: Malaysia catat kes baharu tertinggi dengan 20,889 kes – KP Kesihatan
KUALA LUMPUR 6 Ogos – Malaysia merekodkan 20,889 kes baharu jangkitan COVID-19 hari ini, iaitu angka harian tertinggi sejak pandemik itu melanda negara pada tahun lepas, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Menerusi perkongsian data terkini jangkitan COVID-19 di Twitternya, beliau berkata perkembangan baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini mencecah 1,224,595.
Beliau berkata, Selangor kekal penyumbang utama kes dengan 8,792 kes dilaporkan, diikuti Kuala Lumpur dengan 2,483 kes, Kedah (1,371), Sabah (1,291), Johor (1,275) dan Negeri Sembilan (986).
Sementara itu, Kelantan melaporkan 938 kes, Pulau Pinang dengan 776 kes, Sarawak (652), Perak (624), Pahang (610), Melaka (491), Terengganu (460), Putrajaya (122), Labuan (9) dan Perlis (9).
Semalam, Malaysia merekodkan sebanyak 20,596 kes baharu wabak itu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KBS LUPUS 30 GELANGGANG FUTSAL TERBIAR, KERUGIAN CECAH RM12 JUTA
MELAKA, 26 April - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah melupus dan merobohkan 30 gelanggang sukan yang tidak diselenggara dengan...
NYAMUK BERWOLBACHIA KURANGKAN 70 PERATUS KES DENGGI DI MELAKA
TELOK MAS 26 April - Projek pelepasan nyamuk Aedes berWolbachia di empat lokaliti di Negeri Melaka berjaya menurunkan 70 peratus...
LEBIH 15,000 MERIAHKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI UTEM
DURIAN TUNGGAL 26 April - Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) berlangsung 23 April lalu meriah...
PEMANDU 4X4 REMPUH MOTOSIKAL SUDAH DITAHAN POLIS
KESIDANG 26 April - Pemandu kenderaan pacuan empat roda (4x4) yang dipercayai terbabit dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Lebuh...
RAYA MERIAH DI SUNGAI UDANG
SUNGAI UDANG April 26 - Kemunculan penyanyi tersohor tanah air Datuk Hattan dan Black Hanifah memeriahkan sambutan Majlis Rumah Terbuka...
ISTERI MAUT, SUAMI PARAH DIREMPUH 4X4 DARI BELAKANG
KESIDANG 26 April - Hajat sepasang suami isteri untuk keluar makan malam bersama tidak kesampaian apabila motosikal dinaiki mereka dirempuh...