COVID: Kes sembuh lebih tinggi berbanding kes baharu semalam

Masa Membaca:1 Minit, 24 Saat

KUALA LUMPUR, 14 April – Sebanyak 15,893 kes sembuh daripada jangkitan COVID-19 dilaporkan semalam, lebih tinggi berbanding kes baharu iaitu 10,052 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata daripada jumlah kes baharu dilaporkan itu, 10,031 adalah kes tempatan dengan 95.8 peratus melibatkan warganegara dan 4.2 peratus bukan warganegara manakala 21 kes import terdiri daripada 85.7 peratus warganegara dan 14.3 peratus bukan warganegara.

“Sebanyak 426 kes COVID-19 dimasukkan ke hospital semalam dengan 182 kes atau 42.7 peratus adalah kategori tiga, empat dan lima manakala selebihnya 244 kes atau 57.3 peratus adalah kategori satu dan dua,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pesakit COVID-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan pula menurun kepada 97 pesakit semalam dengan peratusan penggunaan ventilator adalah 11 peratus.

Mengenai fasiliti kesihatan khusus untuk kes COVID-19, Dr Noor Hisham berkata Putrajaya dan Selangor mencatat penggunaan katil Unit Rawatan Rapi (ICU) melebihi 50 peratus iaitu 67 peratus di Putrajaya dan 51 peratus di Selangor, dan hanya Putrajaya merekodkan penggunaan katil bukan ICU melebihi 50 peratus iaitu 53 peratus.

Bagi pengisian katil di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC), hanya Perak mencatat peratusan pengisian melebihi 50 peratus iaitu 59 peratus di negeri itu.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata terdapat tiga kluster baharu direkodkan semalam menjadikan jumlah kluster yang aktif kini 113 kluster.

Menurutnya kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau nilai Rt dicatatkan di seluruh negara pula adalah 0.85 dengan Selangor masih merekodkan kadar tertinggi iaitu 0.93 dan Labuan mencatat kadar paling rendah dengan 15 kes.- BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

839
Kongsi :
Previous post Jemaah teruja bacaan Sheikh Mohamed Abdel Aziz Ghonim
Next post PM ucap selamat tahun baharu kepada masyarakat Tamil, Sikh
Ubah saiz-+=