
COVID: Kes baharu cecah 21,000 – KP Kesihatan
KUALA LUMPUR 12 Ogos – Malaysia hari ini merekodkan 21,668 kes baharu COVID-19 iaitu angka harian tertinggi sejak pandemik tersebut melanda negara tahun lepas, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Menerusi perkongsian data terkini jangkitan COVID-19 di laman Twitternya, Dr Noor Hisham berkata, perkembangan baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini meningkat kepada 1,342,215.
Beliau berkata, Selangor terus menjadi negeri yang memiliki kes tertinggi iaitu 6,278 diikuti Kuala Lumpur (2,436), Kedah (2,143), Sabah (2,052) dan Johor (1,706).
Katanya sebanyak 1,229 kes direkodkan di Pulau Pinang, Sarawak (1,216), Kelantan (972), Perak (930), Negeri Sembilan (899), Pahang (629), Terengganu (594), Melaka (494), Putrajaya (56), Perlis (23) dan Labuan (11).
Semalam, Malaysia merekodkan sebanyak 20,780 kes baharu wabak itu.
Views:
Related


Berita Lain
LEBIH RM145,000 SINARI RAMADAN DUN TANJUNG BIDARA
TANJUNG BIDARA 5 Mac - Sejumlah lebih RM145,000 disalurkan Kerajaan Negeri bagi menyampaikan sumbangan Ramadan di Dewan Undangan Negeri (DUN)...
PROMOSI KEUNIKAN MELAKA DI BERLIN
AYER KEROH 5 Mac - Penyertaan Melaka dalam Internationale Tourismus-Börse (ITB) Berlin 2025 iaitu pameran berkaitan pelancongan dan perdagangan terbesar...
HOLIDAY INN MELAKA SANTUNI 30 ANAK YATIM BERBUKA PUASA
BANDARAYA MELAKA 5 Mac - Seramai 30 anak yatim dari Rumah Anak Yatim Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah (RAYSAS), Pantai...
ANAK LAMBAT BERCAKAP, ADAKAH ITU AUTISME?
Oleh: DR. ADAM AL ANAS BIN MAT ALI Pakar Kanak-kanak Putra Specialist Hospital, Melaka DALAM dunia keibubapaan, perkembangan bahasa anak...
MELAKA PANTAU KEBERSIHAN PASAR RAMADAN
PENGKALAN BATU 5 Mac - Kesemua pasar Ramadan yang beroperasi di negeri ini akan dipantau secara berterusan oleh Jabatan Kesihatan...
MELAKA BENARKAN JUALAN BUNGA API, MERCUN 20 HARI SEBELUM RAYA
AYER KEROH 5 Mac - Polis Melaka membenarkan penjualan mercun dan bunga api secara terbuka bermula Selasa depan. Ketua Polis...