
COVID: 79 peratus daripada 191 kematian ibu hamil tidak terima vaksin
KUALA LUMPUR, 21 Feb – Sebanyak 79 peratus daripada 191 kes kematian akibat komplikasi jangkitan COVID-19 dalam kalangan ibu hamil pada tahun lepas, terdiri daripada mereka yang tidak menerima suntikan vaksin.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kesemua kematian dalam kalangan ibu hamil yang dilaporkan sejak pandemik COVID-19 melanda negara, turut melibatkan 83 peratus daripada mereka yang mempunyai komorbiditi.
Namun menurutnya, bagi tahun ini sehingga 15 Feb, tiada kes kematian melibatkan ibu hamil disebabkan oleh jangkitan COVID-19 dilaporkan.
“Liputan vaksin yang tinggi iaitu 94.7 peratus pada umur 18 tahun ke atas telah tercapai pada Oktober 2021 dan ini menyumbang kepada penurunan kematian ibu hamil akibat komplikasi COVID-19,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook beliau.
Beliau berkata sejumlah 18,277 kes jangkitan COVID-19 dalam kalangan ibu hamil dilaporkan dari Mac 2020 sehingga Januari tahun ini. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
JENAYAH INDEKS MELAKA MENURUN
AYER KEROH 22 April - Statistik jenayah indeks Negeri Melaka bagi tiga bulan pertama tahun ini menunjukkan penurunan sebanyak 4.85...
SPNB DIMINTA TERUSKAN PROJEK RMR 2.0
BANDARAYA MELAKA 22 April - Pelaksanaan projek Rumah Mesra Rakyat 2.0 (RMR 2.0) diharap dapat diteruskan semula susulan sambutan menggalakkan...
SPNB TERIMA LEBIH 7,000 PERMOHONAN BAHARU RMR SELURUH MELAKA
BANDARAYA MELAKA 22 April - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menerima sebanyak 7,336 permohonan baharu untuk pemilikan Rumah Mesra Rakyat...
SEMBILAN VESEL DIKESAN LANGGAR UNDANG-UNDANG PERIKANAN DI MELAKA
SERKAM 22 April - Jabatan Perikanan Negeri Melaka merekodkan sembilan tangkapan vesel melibatkan 36 individu atas pelbagai kesalahan mengikut Akta...
JURUTERA RUGI LEBIH RM1.1 JUTA ANGKARA PELABURAN TIDAK WUJUD
KUANTAN 22 April - Seorang jurutera lelaki kerugian lebih RM1.1 juta selepas terperdaya pelaburan tidak wujud menerusi laman web, hujung...
SEMBILAN REMAJA LELAKI ANTARA 23 DITAHAN DALAM OPS MOTOSIKAL DI JOHOR
JOHOR BAHRU 22 April - Polis Johor menahan 23 lelaki warga tempatan termasuk sembilan remaja dalam OPS Motosikal, yang dijalankan...