
COVID: 6,999 kes baharu, turun 2,021 berbanding semalam
Masa Membaca:32 Saat
KUALA LUMPUR 30 Mei – Kes baharu COVID-19 di Malaysia hari ini mencatat penurunan ketara iaitu 6,999 kes berbanding 9,020 semalam, pengurangan sebanyak 2,021 kes.
Menerusi hantaran twitter, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa Selangor kekal menjadi negeri yang menyumbang kes harian tertinggi dengan 2,477 kes, diikuti Kuala Lumpur (616), Kelantan (612), Sarawak (513), Negeri Sembilan (468) dan Johor (433).
Selain itu, Kedah merekodkan 422 kes, Pulau Pinang (248), Pahang (239), Terengganu (214), Perak (212), Melaka (202), Sabah (190), Labuan (133), Putrajaya (13) dan Perlis (tujuh).
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
299