
COVID: 6,824 kes baharu hari ini – KP Kesihatan
KUALA LUMPUR 31 Mei. – Jumlah kes baharu COVID-19 yang dilaporkan hari ini terus menurun kepada 6,824 menjadikan jumlah kumulatif 572,357 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Semalam kes baharu COVID-19 di Malaysia mencatat penurunan ketara iaitu 6,999 kes berbanding 9,020 pada Sabtu, pengurangan sebanyak 2,021 kes.
Menerusi catatan di Twitter, Dr Noor Hisham berkata Selangor masih menyumbang kes harian tertinggi sebanyak 2,111 diikuti Kelantan (695); Sarawak (654); Johor (489); Kedah (464); Kuala Lumpur (387) dan Melaka (352).
Selain itu, Pulau Pinang mencatatkan 328 kes, Perak (255); Negeri Sembilan (253); Pahang (219); Sabah (207); Terengganu (204); Labuan (166); Putrajaya (28) dan Perlis (12).
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PENSYARAH UITM MAUT MOTOSIKAL REMPUH LORI
JASIN 11 Mac - Pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Jasin maut selepas motosikal ditungang terbabit kemalangan dengan sebuah lori...
MPAG EDAR LEBIH 800 BUNGKUS BUBUR LAMBUK
ALOR GAJAH 11 Mac - Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) mengagihkan lebih 800 bungkus bubur lambuk kepada orang ramai dan...
KPDN LANCAR OPS CAMPUR, 300 KAMPIT BERAS DIRAMPAS
PUTRAJAYA 11 Mac - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melancarkan Ops Campur bermula semalam, bagi tindakan...
NELAYAN TERJATUH DI PERAIRAN PULAU TIKUS DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA
GEORGE TOWN 11 Mac - Seorang nelayan tempatan yang dipercayai terjatuh ke dalam laut di perairan berdekatan Pulau Tikus, di...
JUAL KOLEKSI BARANG ANTIK DEMI KELANGSUNGAN HIDUP
DUYONG 11 Mac - Meskipun berat, Mohamad Nasirudin Md Zen, 39, terpaksa akur dan sedia untuk menjual sebahagian koleksi barangan...
PERZIM SASAR 650,000 PELAWAT TAHUN INI
AYER KEROH 11 Mac - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menetapkan sasaran seramai 650,000 orang pelawat singgah ke muzium-muzium seliaannya sepanjang...