
COVID-19: Tiga lagi institusi pendidikan Melaka cetus kluster baharu
AYER KEROH 28 Jan – Melaka merekod pertambahan tiga kluster baharu hari ini, membabitkan institusi pendidikan.
Jabatan Kesihatan Negeri Melaka dalam satu kenyataan memaklumkan kluster itu membabitkan dua institusi pendidikan di daerah Melaka Tengah dan satu di Alor Gajah.
Ia menjadikan terdapat tujuh kluster pendidikan setakat ini di Melaka.
Kluster baharu itu ialah Kluster Jalan Telok Mas, Jalan Sungai Air Hitam dan Persiaran Paya Lebar.
Setakat ini sebanyak 24 kes direkod membabitkan Kluster Jalan Telok Mas, manakala Jalan Sungai Air Hitam dan Persiaran Paya Lebar masing-masing merekodkan 21 dan 14 kes.
“Hasil pemantauan dan siasatan Pejabat Kesihatan Daerah mendapati punca tercetus kluster adalah pergaulan di kawasan gunasama.
“Selain itu ia juga berikutan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang tidak sempurna,” kata kenyataan itu.
Sementara itu, Jabatan Kesihatan Negeri memaklumkan terdapat peningkatan kes harian di Melaka apabila sebanyak 357 kes direkodkan hari ini.
Selain itu, terdapat satu kes kematian direkodkan.
“Setakat ini, seramai 1,596 kes masih dirawat dengan lima daripadanya ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan dua memerlukan alat bantuan pernafasan,” tambah kenyataan tersebut.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...
TAMBAH BOT PERANTARA, LANCARKAN KEMASUKAN PELANCONG MELALUI KOMPLEKS ICQS
AYER LIMAU 19 April - Jumlah ‘middle boat’ atau bot perantara bagi membawa penumpang kapal persiaran berlabuh di perairan Selat...
PERZIM LESTARIKAN BUSANA TRADISIONAL KLASIK
BANDAR HILIR 19 April - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) memperkenalkan busana tradisional terbaharu sebagai inisiatif memartabatkan semula seni, budaya dan...
‘POGHUT’ AYER LIMAU BERAYA SAKAN
AYER LIMAU 19 April - Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau berlangsung dengan penuh kemeriahan apabila...
MERIAHNYA RAYA DI MACHAP JAYA
MACHAP JAYA 19 April - Kira-kira 2,500 tetamu hadir memeriahkan sambutan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap...