
COVID-19: Tiga kluster tamat hari ini
AYER KEROH, 5 Sept – Tiada kluster baharu direkodkan namun tiga daripada 67 kluster di Melaka diisytiharkan tamat hari ini.
Menurut kenyataan Jabatan Kesihatan Negeri Melaka, dua daripada kluster berkenaan membabitkan penularan di tempat kerja iaitu Kluster Angkasa Nuri dan Kluster Jalan PBR 37.
Katanya, manakala satu lagi kluster membabitkan penularan dalam kalangan komuniti iaitu Kluster Kuala Permai.
“Kluster Angkasa Nuri merekodkan jumlah keseluruhan kes sebanyak 55 kes manakala Kluster Jalan PBR 38 mencatatkan 57 kes.
“Bagi Kluster Kuala Permai merekodkan sebanyak 67 kes,” kata kenyataan itu.
Dalam pada itu, Jabatan Kesihatan Negeri Melaka turut memaklumkan sebanyak tujuh kematian pesakit berusia antara 30 hingga 79 tahun direkodkan hari ini.
“Empat kematian di daerah Melaka Tengah, dua di Alor Gajah dan satu di daerah Jasin.
“Lelaki berusia 30 tahun antara paling muda dilaporkan meninggal dunia dan mempunyai sejarah penyakit obesiti,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
RAPATKAN JURANG DIGITAL PENDUDUK KAMPUNG
RIM 20 April - Pembinaan menara telekomunikasi baharu sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim akan merapatkan lagi jurang digital dan...
MPHTJ GEMPUR PENIAGA WARGA ASING
AYER KEROH 20 April - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya akan terus mempergiatkan operasi bagi membanteras peniaga warga asing yang...
LUAR BIASA MERIAH, LEBIH 50,000 BERAYA DENGAN KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Meriah dan luar biasa! Itu gambaran suasana Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka...
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA MALAM INI?
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza dikatakan menjadi antara tetamu jemputan yang bakal...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...