Sorting by

×

COVID-19: Tiga kes, satu kluster baharu di Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 14 Saat

AYER KEROH 13 Nov. – Kes jangkitan positif COVID-19 di Melaka mencatat sebanyak 13 kes direkodkan di negeri ini, hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah Datuk Rahmad Mariman berkata, dalam jumlah terbabit sebanyak 10 kes yang direkodkan merupakan kluster baharu yang telah dijejaki dikenali sebagai Kluster BMU (Bandar Merlimau Utara).

Manakala, lebihan tiga kes terbabit direkodkan daripada Kluster Berendam sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes baharu direkodkan sebanyak 1,304 jangkitan positif di negara ini.

Ujarnya, kes indeks Kluster BMU adalah daripada saringan individu bergejala pada 11 November lalu dan telah dimasukkan ke Hospital Melaka.

“Seramai 69 individu telah disaring dari kluster ini dan menerima 10 saringan positif, manakala selebihnya masih dalam status menunggu keputusan ujian saringan kesihatan,”katanya.

Dalam pada itu, berhubung sambutan perayaan Hari Deepavali yang disambut esok beliau menasihatkan agar orang ramai terutama masyarakat India di negeri ini mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dalam pematuhan keselamatan seperti yang telah ditetapkan.

Katanya, hanya 30 individu sahaja dibenarkan bagi menghadiri di kuil yang terdapat di negeri ini bagi melaksanakan upacara sembahyang dalam sesebuah masa dengan pematuhan yang telah ditetapkan di dalam penggayaan norma baharu.

“Manakala, hanya keluarga dalam satu rumah boleh meraikan secara bersama sementara di kawasan PKPB, jiran terdekat turut dibenarkan dengan syarat tidak melebihi 20 orang dalam satu-satu masa.

“Kita harap agar masyarakat mematuhi setiap arahan yang telah ditetapkan dan perlu bertanggungjawab antara satu sama lain lebih-lebih lagi dalam keadaan krisis ini yang semakin meningkat dalam negara ini,”katanya.

Views:

535
Kongsi :
Previous post Tiga individu satu kenderaan dibenarkan
Next post Deepavali paling suram
Ubah saiz-+=