
COVID-19: SMK Lubuk China dan SK Telok Berembang ditutup
AYER KEROH 15 Okt. – Dua buah sekolah di Masjid Tanah, iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lubuk China dan Sekolah Kebangsaan (SK) Telok Berembang diarah tutup selepas seorang pelajarnya dari sekolah terbabit disahkan positif COVID-19.
Perkara itu disahkan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah negeri Datuk Rahmad Mariman ketika dihubungi pagi tadi.
Jelasnya, pelajar berkenaan yang menginap di Kampung Nerambai Negeri, Sembilan dan seluruh anggota keluarganya seramai lapan orang disahkan positif wabak berkenaan dan telah dibawa ke Hospital Seremban untuk rawatan lanjut.
“1 kes di SK Berembang dan 1 kes di SMK Lubuk China, keduanya adalah adik beradik. Kes tersebut merupakan kes Negeri Sembilan dan telah dihantar ke Hospital Seremban untuk mendapatkan rawatan.
“Mereka dijangkiti ibu saudara yang pulang dari Labuan, Sabah,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknikal dan Vokasional, Sains dan Inovasi negeri Datuk Noor Effandi Ahmad ketika dihubungi berkata, kedua sekolah itu ditutup tujuh hari mulai hari ini hingga 21 Oktober bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan dan disinfeksi dijalankan.
-Berita lanjut menyusul-
Views:
Related


Berita Lain
MPJ KOMPAUN LORI SAWIT GUNA JALAN TAMAN TANPA KEBENARAN
JASIN 18 April - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) mengenakan kompaun kepada pemilik lori sawit yang menggunakan laluan taman perumahan. Setiausaha...
RUNGKAI ISI TERSIRAT ‘BIJAK LAKSANA TUAH, BERANI LAKSANA JEBAT’
SERI NEGERI 18 April - Slogan Bijak Laksana Tuah, Berani Laksana Jebat bukan sekadar kata-kata tetapi cerminan jiwa orang Melaka,...
MAPEX 2025 TAWAR RUMAH SERENDAH RM99,000 UNTUK ORANG MELAKA
AYER KEROH 17 April - Pelbagai jenis rumah dan hartanah pada harga serendah RM99,000 ditawarkan di Ekspo Perumahan dan Hartanah...
ZOO MELAKA SAMBUT KELAHIRAN HARIMAU KUMBANG JANTAN
AYER KEROH 17 April - Zoo Melaka menerima kehadiran 'ahli baharu' selepas seekor harimau kumbang jantan selamat dilahirkan, baru-baru ini....
92 MURID, PELAJAR BERENTAP PADA KEJOHANAN GOLF MSSNM
AYER KEROH 17 April - Seramai 92 peserta mewakili 41 buah sekolah rendah dan menengah berentap pada Kejohanan Golf Majlis...
HARGA TIKET ZOO MELAKA DITURUNKAN
AYER KEROH 17 April - Zoo Melaka menurunkan harga tiket ke taman haiwan itu sepanjang tahun ini. Yang Dipertua Majlis...